http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

PCB: Edisi 5 Pertandingan Cerpen Bertema KINI BERMULA!

iklaneka
image

Salam semua!
Edisi empat sudah selesai kini tibalah giliran tema kelima untuk diumumkan. Sementara Kamalia sibuk mengarang ulasan dan menunggu pemenang-pemenang PCB#4 menghantar gambar mereka, nah inilah tema terkini:

 

MUZIKAL!

 

Terpulanglah anda nak buat cerita berdasarkan lirik sebuah lagu, atau lagu tersebut sekadar penyeri di pangkal cerita, di pertengahan cerita atau di akhir cerita. Terpulang!

 

Syarat

Syarat entri kali ini adalah karya anda mestilah mempunyai elemen multimedia berbentuk video muzik, atau audio muzik. Gunakanlah Youtube atau apa saja media berlagu lain yang boleh diattach di entri Kapasitor. Barulah pembaca nanti tahu lagu apa yang anda maksudkan tu kan.

Dan jangan lupa letakkan kod "PCB#5:" di pangkal tajuk cerpen itu nanti!

Cara meletak media muzik

Untuk cara-cara meletak media jenis ini ke dalam entri gunakan cara berikut:

  1. Pergi ke link ini untuk tutorial. http://www.kapasitor.net/community/post/3988
  2. Mesej Kurusawa atau Rizzy tentang langkah-langkahnya. Mereka ni selalu pos karya di sini menggunakan Youtube.

 

Hadiah

Seperti biasa token kemenangan berjumlah RM150 untuk direbut seperti pecahan berikut:
RM50 x 2 pemenang bagi karya terbaik pilihan pengadil edisi ini.
RM25 x 1 pemenang bagi karya yang paling banyak mendapat ‘like’ Facebook.
RM25 x 1 pemenang bagi karya terbaik penulis baru yang belum pernah menyertai PCB.

 

Tarikh Tutup

Entri mestilah dihantar sebelum 11:59 malam, 27 Jun 2011.
‘Like’ pula akan dikira 11:59 malam, 30 Jun 2011.

Dah, tak payah fikir panjang. Marilah mula mengarang dan hantar karya anda segera! 

---

Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) adalah inisiatif Kapasitor Seksyen Bahasa Melayu (Kapasitor MS) menggalakkan penulisan berkualiti oleh pengkarya. Setiap edisi PCB berdurasi 2 bulan dan peserta perlu menulis cerpen berdasarkan tema yang ditentukan bagi edisi berkenaan. Karya yang dihantar adalah hak milik penulisnya. Pihak Kapasitor cuma memberi token insentif kepada pemenang tanpa memiliki apa-apa hak ke atas karya.

Bagi membaca karya-karya PCB edisi yang lalu, klik di sini


Share!Email

about the author

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Add cahatomic as your friend | Send Message

my other posts
Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012: Pengumuman Pemenang! | 4226 reads
Kapasitor MS: Buletin September 2011 | 6683 reads
Kapasitor MS: Senarai 10 Cerpen Pilihan Cahatomic | 8168 reads
PCB: Ulasan Pertandingan Cerpen Bertema ke-6 | 12084 reads
PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Kini Masuk Edisi 7! | 14606 reads
Kapasitor MS: Buletin Ogos 2011 | 6365 reads
Kapasitor MS: Buletin Julai 2011 + Pemenang PCB#5 | 8112 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Hannibal


admin blog