Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bagaimana membaca emel syarikat anda di dalam Gmail?

  • jojo
  • 13 years ago
  • 3,959

 

Adakah syarikat anda bekerja atau webhosting anda menggunakan webmail CPANEL? Selalunya, jika laman sesawang syarikat anda menggunakan Linux, kebarangkalian anda menggunakan webmel CPANEL adalah tinggi kerana CPANEL merupakan software yang selalu digunakan.

Masalah timbul apabila anda jarang membuka emel syarikat anda ini. Pada masa yang sama pula, anda membuka Gmail sentiasa sebab selalunya ada banyak nilai tambah (contoh: boleh chatting) tapi webmel syarikat cuma ada (sekadar) emel saja.

Dan mungkin pula ada staff @ pekerja anda yang gemar memberi alasan lapuk: Saya tak tahu la hari ni ada meeting atau Saya tak dapat pun emel encik. Jika staff @ pekerja anda sering memberi alasan sebegini, sila beri tutorial ini kepada mereka.

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana membaca emel webmel syarikat anda di dalam Gmail.

Sudah bersedia?

Langkah #1: Login ke webmel CPANEL

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2301.jpg 

Langkah #2: Ini adalah skrin default anda. Jangan pilih mana-mana webmel lagi.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2302.jpg 

Langkah #3: Pilih forwarding options

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2303.jpg 

Langkah #4: Klik Add Forwarder

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2304.jpg 

Langkah #5: Masukkan emel Gmail anda. Klik butang Add Forwarder. Selesai sudah.

 http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2305.jpg

Selepas ini, setiap emel yang masuk ke webmel syarikat akan masuk juga ke Gmail anda. 

Peringatan:

Selain daripada Gmail, tutorial ini boleh juga digunakan untuk perkhidmatan emel yang lain seperti Yahoo Mail, Live Mail dan 1Malaysia Email. Tutorial ini hanya boleh digunakan untuk webmel berasaskan CPANEL sahaja. Emel syarikat anda tidak hilang. Tutorial ini akan salin dan hantar emel tersebut ke Gmail sahaja bagi kemudahan anda.

Baca perbualan