Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Adik Bongsu Sudah Grad!!

  • NJay
  • 13 years ago
  • 3,780

 

Macam tak percaya jer dah 24 tahun umur adik bongsu.. (which means I'm turning into.. err ok lets not do the maths now). Dah grad dah pun dia..  Seems macam baru je semalam duk menghambat dia dgn abang dia yang duk asik berWWF berdua (pastu sorang berdentum kepala ke lantai, nangis, lagi sorang cabut pegi nyorok dalam bilik takut kene marah. haih adik-adikku~~ pastu sape yang kene marah? akakkk jugakk!! haihh~~ takpe lah, perkara yg lepas usah dikenang. ehh? :p)


Anyway, I felt emosional during the convocation yesterday (sejak jadi mak-mak ni memang terlebih emo dah sekarang - eceh alasan :p) all the montaj, puisi dari mak untuk anak, puisi dari ayah untuk anak, made me very teary. Mama dekat sebelah memang dah meleleh air mata dah. Mana taknye, anak bongsu dah grad. Dah officially berakhir dah segala tanggungan mama. Dah takde orang nak pow dia (ehh yeke? hee hee no further komen :D). Dah besar dah anak-anak mama... Masing-masing dah ada degree.. Masing-masing dah ada keluarga kecik sendiri..


Adik bongsu, di kesempatan ini, kakak keduamu ini nak mengucapkan tahniah atas kejayaan yang ditempa. All your hardwork finally paid off. Tak sia-sia awak lari dari jurusan sains, dapat gak grad dengan second class upper. (pointer lagi hebat dari ai pulak tu. alamak, segan ai! nyesal dulu tak rajin belajar. -- eh yeke nyesal? tak nyesal pun sebenarnye.. :p). Di kesempatan ini jugak, kami nak ucapkan terima kasih pada awak kerana sentiasa temankan mama bila kami tak mampu nak buat begitu. Thank you so much for all you've done for the family. For helping with the kids, helping jadi drebar, jadi waterboy, jadi runner dan macam2 lagi lah. Thank you for being selfless and a family man despite being the young man that you are..


Kalau sudah sampai masa nye awak mencari calon isteri, cari lah seseorang yang memahami betapa hebatnya mama kita. Membesarkan kita semua single-handedly sehingga semuanya berjaya hingga ke menara gading. Sanggup membelakangkan kerjaya demi memastikan kita semua berjaya. Carilah seseorang yang akan menyayangi mama sebagaimana kita semua menyayangi dia. After being a mum myself, I can't imagine doing the parenting alone, much more having to raise 5 kids on my own. Chik masih ingat, masa babah meninggal, you were only 5 years old. Chik masih ingat betapa mama cuba untuk tak menangis depan anak-anak dia, tapi bila awak menangis tengok babah kena kapan, mama terus broke down and cry. You were only 5 years old then.. It broke her heart to see you without a father at such a young age. but look at you now..


Chik harap awak akan menjadi anak yang akan terus berbakti kepada mama coz God knows, dah banyak yang mama korbankan untuk kita. Janganlah luka kan hati mama.. Awak si bongsu, permata hati mama.. Treat her like a queen that she is. Queen of our hearts.. ;)


(See? I told you sejak jadi mak-mak ni dah jadi emo terlebih!)


OK adik bongsu. Before I get more emosional, its better that I end it here.. Congratulations dik! We love you and we're so proud of the man that you've become now. All the best dik..  *hugs*

Baca perbualan