http://www.kapasitor.net/community/
Arts  Food  Literature  

Kapasitor MS: Ulasan Seksyen Puisi.

iklaneka
 

10 pilihan puisi kali ini bukan yang terbaik semuanya namun terpilih. Mengapa 10 puisi ini menjadi pilihan saya?

Mari kita mulakan dengan yang ini, Mencari Kekuatan- Farfarreha. Puisi ini bersendikan agama dan sebenarnya pada saya harus diperhalusi jiwanya. Bahasa puisi ketuhanan kebiasaannya mendap dengan semua jenis rasa yang berbaur menjadi satu. Penulis sedikit mengenengahkan pop-islami dalam nada puisi ini. Tema dan persoalan pokok dalam puisi ini agak klise namun kisah manusia dengan Tuhan memang begitu. Cuma mungkin puisi ini boleh dipertingkatkan lagi dengan pemilihan perkataan yang lebih mewah. Kadang kala puisi lebih enak dijamah dengan kata-kata mudah namun ada masanya pemilihan perkataan mewah boleh mencanang rasa yang lebih teguh, sebati dengan tajuk puisi-- tentang mencari kekuatan. Pada saya, mungkin sedikit garapan cekal dan tegar akan melunasi gambaran kekuatan itu dengan lebih jelas.

Mengenang Lidros: Syuhada Bumi Kenyalang- Kurusawa. Puisi ini jelas menunjukkan semangat, kekuatan cerita yang dikronologikan dari kisah benar. Dan naskah ini adalah contoh lebih baik kerana aturan puisi itu lebih jelas, bersesuaian dengan sudut pandangan perasaan yang cuba ditonjolkan. Puisi ini berjaya mengangkat sejarah secara kompak!

Bukan Malaikat- Gelap adalah suara benar seorang suami untuk isterinya. Cinta halal yang tidak menjanjikan langit dan bumi namun jujur. Meski bukan malaikat tidak diolah dengan lirih puisi yang penuh drama, namun dengan jelas penulis berjaya memberi makna pada setiap apa yang mahu beliau sampaikan kepada sang isteri. Puisi ini adalah hadiah cinta.

Rasa Dari Atma- Indra0579. Cinta tidak akan diam. Penulis menulis,

Aku dilanda kesima
dan dibawa takjub
hanya dengan sambutan senyumnya.


Cinta-cinta-cinta. Sentiasa asyik. Setuju? Namun, penulis harus lebih peka. Puisi ini terlalu panjang dan meleret. Harus lebih berhati-hati memilih perkataan agar perasaan teruja dengan cinta itu tidak bertukar menjadi bosan. Hati-hati ya! :)

Bilik Kecil Warna Ahad
- Are-Deep. Puisi ini citranya sedikit bercampur. Namun keghairahan simbolism dan metafora berani dalam puisi ini memberi kesegaran idea sementelah puisi ini dilabel dalam kategori eksperimental. Benar, eksperimen penulis berjaya. :)

Bidadara- Missclarks, penulis ini secara sinis bercerita tentang kecelakaan hati. Dia bercerita dari sudut jelas betapa seorang bidadara yang dilukis megah, dengan hyperbola dan latar kisah yang sempurna, mencacatkan jiwa yang dia punya. Mudah dan terkesan. Lara yang terasa pada baris akhirnya.

Ombak Jahat
- Rebelliben. Sila baca dan belajar segala yang mahu disampai oleh penulis. Dari ragam cerita, nada puisi, alur perasaan, jelajah fikir, semua disatukan dalam puisi ini. Seperti laut yang bersatu dalam keramaian, puisi ini menjelaskan babak-babak payah dalam sempurna yang cuba kita faham. Puisi ini, dalam sepuluh pilihan yang ada-- adalah yang terbaik.

Cakra Waris Kakekmu Nan Perkasa- Dariaz. Berlindung dalam puisi patah hati, pemilihan Tuhan sebagai sendi adalah cara paling selamat. Tapi puisi ini jelas dalam pergerakan ceritanya. Namun saya paling tertarik pada rangkap kedua. Ia memberi kesan mendalam. Namun pada saya puisi ini agak panjang untuk cerita patah hati. Ulang baris yang tidak perlu, sedikit mengganggu perjalanan puisi.

Kamu- Comicomot, puisi ini lebih santai, mungkin punya hubung kait dengan kategori puisi. Terlalu banyak ulangan ayat membuatkan maksud puisi terganggu dan puisi menjadi longgar. Pemilihan perkataan harus lebih diperhalusi. Namun, penggunaan warna biru memberikan gambaran romantik, bersesuaian dengan perasaan yang cuba dipaut rujuk. Warna biru juga lambang air mata.

Terakhir sekali,Keadilan yang bungkam- Toti.Penulis menulis satira politik namun satira ini sangat jelas. Mungkin penulis perlu lebih berhati-hati kerana politik satu cabang yang menarik untuk dijadikan gubahan satira. Idea yang menarik dengan akhir puisi adalah soalan meninggalkan kesan pada pembaca untuk menilai.

Sekian dulu, maaf pada yang terkurang dan tersilap laku. Teruskan menulis! :) 

 



Share!Email

about the author

dayya

Pembaca yang mencari jiwa, penulis yang mencari ketelititian. Membaca dengan hati kerana itu sentiasa mahu membaca segala yang terbaik. Tulisan terbaik adalah tulisan yang ditulis dengan kesungguhan. Kecenderungan menilai kesungguhan dalam tulisan.
dayya | Add dayya as your friend | Send Message

my other posts
LUNCHEON BOX DELIVERY | 3579 reads
Kapasitor dan kerinduan | 3737 reads
Kesediaan dan kepekaan di dalam menulis puisi dan prosa. | 3085 reads
Kapasitor MS: Ulasan Sekyen Puisi | 2862 reads
Tuhan uji aku: SCOLIOSIS | 9363 reads
Mari kita ingat mengingati :) | 2907 reads
Kapasitor MS: Ulasan Sekyen Puisi | 2959 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: How To Deal


admin blog