Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ada apa Kapasitor dengan The Spirit of Rachel Corrie ke Gaza, Palestin.

 




Salam.

Anda mungkin telah membaca kisah ini di akhbar tempatan,,

Kapal bantuan Palestin dipaksa berundur, berlabuh di pelabuhan Mesir

KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin, sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, semalam.

Bagaimanapun, semua yang berada atas kapal itu, termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media selamat. Kapal yang dinaiki masing-masing dua warga Ireland dan India serta seorang warga Kanada itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih dan membina semula sistem pembetungan dan bekalan air di Gaza, diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat 30 batu nautika dari kawasan itu.

Kapal kargo itu berlepas dari pelabuhan Piraeus, Greece, Rabu lalu, membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan diagihkan kepada penduduk Palestin untuk membaiki sistem pembetungan dan bekalan air yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008.

Misi bantuan kemanusiaan PGPF itu bertujuan memecahkan kepungan Israel terhadap perairan Gaza sejak 2007, selain meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai krisis kemanusiaan 1.5 juta warga Palestin yang dikepung dari darat dan laut oleh rejim zionis.

Kapal itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin (warga Malaysia) dan dua warga India, Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash. Misi itu turut membawa Wartawan BERNAMA, Mohd Faizal Hassan dan petugas sukarela FELDA, Mohd Radzillah Abdullah.

Ia adalah kesinambungan daripada pelayaran kapal kargo MV Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan pelbagai keperluan seberat 1,500 tan ke Gaza pada Mei tahun lalu sebelum ditahan tentera Israel dengan 19 krew dan penumpang dibawa ke Pelabuhan Ashdod. MV Rachel Corrie antara tujuh buah kapal yang menyertai misi flotilla kebebasan diketuai kapal penumpang MV Mavi Marmara dari Turki bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Jadinya, apa kaitan ini semua dengan Kapasitor. Mungkin anda tidak tahu bahawa salah seorang sukarelawan berkenaan adalah ahli kapasitor yang menggunakan nama samaran "Musafirjua". Beliau telah selamat pulang ke tanah air semalam. Pasti banyak cerita yang dapat beliau kongsikan dengan kita semua.

Malam ini saya akan bertemu dengan beliau di Restoran Shaaz, Subang Perdana jam 8.00 malam. Bagi yang berminat untuk mendengar cerita pengalaman beliau dari mulut sendiri. Jom malam ini kita jumpa di Subang Perdana.

Wassalam

Baca perbualan