Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Jun 2011

 

“Kompang di palu pengantin baru
Duduk bersanding tersimpul malu
Kompang si palu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu
Kami doakan moga berkekalan
Selamat sejahtera hingga akhir zaman”

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera warga Kapasitor sekalian.

Saya doakan agar semua berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. Sebelum melangkah lebih jauh, moleklah saya perkenalkan diri dahulu sempena pertama kali menulis buletin ini. (Yang dah kenal tu, apa salahnya kenal sekali lagi, kan?) ;)

ID Kapasitor ialah ridhrohzai. Merupakan kru pengelola Bahasa Melayu untuk seksyen cerpen bersama-sama dengan seorang gadis ayu bernama kamalia. Turut sama dalam kru pengelola Bahasa Melayu adalah teruna hitam manis bernama paktam dan dayya, si dara jelita yang bergandingan dalam seksyen puisi. Ketua pengelolanya pula adalah lelaki suci yang bakal menjadi Raja Sehari tidak lama lagi. Tak lain tak bukan saudara cahatomic atau nama timang-timangannya Caha.

 

Lelaki Suci

Dan kerana lelaki suci inilah saya mulakan entri dengan lagu ‘Kompang Dipalu”. Untuk pengetahuan warga Kapasitor, saudara Caha akan menamatkan zaman bujangnya lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Lelaki yang bekerja di Jabatan Maritim yang selama ini menjadi pingitan gadis-gadis nampaknya sudah dimiliki hatinya. Ala… (Suara gadis-gadis yang kecewa)

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat saudara Caha dan pasangannya. Selepas ini, saya jangkakan, beberapa pasangan di Kapasitor akan turut sama mengikut jejak langkah Caha tidak lama lagi. (Sambil jeling CK-Rizzy)

 

Selamat Datang

Seterusnya, selamat datang kepada ahli komuniti baru seperti backspace, nhidayat, azimtyping dan lain-lain yang saya dan kru pengelola lain lihat sangat aktif berkarya di sini. Ahli-ahli baru yang lain, rajin-rajinlah mengetuk papan kekunci, berinteraksi antara satu sama lain. Kalau mahu lebih dikenali, bolehlah tulis entri pengenalan diri masing-masing di blog komuniti.

backspace, pelajar jurusan animasi ini sangat berbakat dalam menghasilkan video-video animasi yang menarik. Boleh tonton di seksyen cerpen walau sepatutnya post di seksyen muzik. ;)

 

Karya Tersiar

Kapasitor adalah platform yang baik untuk penulis menghantar dan seterusnya belajar memperbaiki karya menjadi lebih berwarna-warni. Ada pelbagai genre penulisan di sini yang dipelopori oleh mentor-mentor yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pandangan.

Justeru, hampir setiap bulan, kita dapat lihat karya-karya penulis di sini mula mendapat tempat di media cetak mahupun diterbitkan menjadi bahan bacaan. Antaranya, untuk bulan Mei lepas dan awal Jun:

Upenyu: Cerpen bertajuk Derai di Mata Ibu – Majalah Perempuan

Derai di Mata Ibu

 


Upenyu: Cerpen bertajuk Kemaafan Ayah – Majalah Aniqah

 

Upenyu

 

Kurusawa: Aku Machio el Diablo

E-book

 

Petak: Tajuk Buku Ini PETAK

Petak

Ridhrohzai: Novel Begitulah Cinta

http://www.facebook.com/pages/Rizai-Reeani/197431260269887


Seksyen Cerpen

Sebanyak 12 judul cerpen telah dihantar sekitar Mei dengan empat judul untuk PCB#5. Penyertaan untuk PCB#5 yang bertemakan muzikal ini masih dibuka sehingga 27 Jun ini. Berlaku penurunan dalam penghantaran cerpen berbanding bulan lepas. Namun dilihat peningkatan kualiti yang semakin ketara dalam setiap cerpen yang dihantar. Untuk ulasan penuh, bolehlah baca di sini.

 

Seksyen Puisi

Seperti biasa, pelbagai ragam dan corak puisi telah dihantar saban hari. Seksyen ini memang seperti pisang goreng panas kerana setiap hari pasti ada karya yang dihantar oleh ahli. Untuk ulasannya, kru pengelola akan muat-naik entrinya sedikit masa lagi.

 

Kesimpulan

Rasa macam ingin menulis lebih panjang lagi tetapi cukuplah saya berhenti setakat ini. Kalau panjang sangat nanti, semput orang nak membacanya. Saya akhiri buletin Jun dengan pilihan karya oleh kru pengelola. Terkhilaf kata, mohon dimaafkan. Semoga berjumpa lagi.


Seksyen Cerpen

Dari Sudut Sepasang MataPETAK

Aku Hanya Seorang Dustin BieberAZIMTYPING

Sepatutnya Itu AkuUCULER

Itrah Al-MusthafaTOTI

Kaki Tangan - KURUSAWA

Kegembiraan untuk 45 minit26LIFE

 

Salam mesra,

ridhrohzai

Baca perbualan