Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

responsibility sampai mati

 

Semalam aku ke rumah sakit. Ambil mc untuk hari ini. Dalam jalan aku keluar pulang, aku nampak seorang yang semacam aku kenal. Syirin. ex girlfren aku yang bangang skali di zaman universiti . dulu aku memang tak faham kenapa hati dia keras sangat. sepanjang kenal tak pernah setitik pun air mata yang aku nampak. kalau kata batu kita campak pun berbunyi, dia hebat lagi, kau buat apa pun memang takkan jalan. Tak paham juga aku kenapa boleh tersangkut dengan dia dulu.

 

Dan tadi aku nampak dia. termenung sendiri di cafe dengan berunifom doktor. berjaya juga budak ni. lepas bertegur sapa segala, dia mula buka cerita.

 

i baru lepas bunuh isteri kepada suami, emak kepada anak. Dia diam.

 

Dan untuk yang pertama kalinya aku lihat dia menangis. apa u cakap ni? nak saja aku pegang tangan isteri orang ni. agak2 dia lempang aku tak?

 

Rupa nya dia baru lepas sambut kelahirkan baby. Kiranya dia jadi midwife la sekarang ni. dan dalam proses tu dia terpaksa memilih antara emak dan anak sebab si ibu menghidap sakit yang aku tak pandai nak sebut.

 

Dari dulu i dilatih untuk tak ada perasaan sensitif. tak ada rasa was2 dengan apa yang i buat. untuk jadi seorang doktor kami dilatih untuk tidak ada perasaan. lagi2 kasihan. Dulu dalam latihan, i yang paling kuat. i boleh lawan semua. tapi sekuat i, i sendiri tak dapat selamatkan ibu i.

 

lepas i ada career, hubungan i dengan ibu agak renggang. semua disebabkan hati i yang kurang sensitif dengan keadaan. arwah banyak kali kata dia sakit belakang, i tak ambik endah. cuma kata sikit je tu ibu, biasalah dah tua, memang akan macam tu. sampailah dia menghembus nafas yang terakhir.

 

sejak dari tu, i jadi lemah dan hampir kehilangan career. kerja i perlu tanggungjawab. dan semua tu di bahu i. i kena tanggung apa2 yang jadi dan harus jawab dengan keluarga si mati. itu saat yang paling susah untuk i facing.

 

Nampak air mata dia mengalir.

 

aku hanya diam. cuba memberi mata, telinga aku untuk dipinjam ke dia. tak hairanlah kenapa hati dia sangat keras. sangat tegas.

 

Sebenarnya hidup kita ni ada destinasi. kita takkan berhenti berjalan mencari destinasi kita selagi kita...

 

Mati. jawap aku perlahan.

 

Aku balik rumah dan terus menukar status facebook:

"Now it is time to be serious. focus. my career path is most important. believe what i believe. just stay true."

 

--

 

Semalam juga aku teringat kata2 adik mia, hidup ni macam main congkak.mula2 main, tangan kita penuh. Bila akhir kita tak ada apa, jadi matilah kita. Pandaikan. jadi selagi semua kita ada sesuatu, hargailah, gunalah sebaik mungkin. selamat pagi semua.

Baca perbualan