Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tinggalkan

 

Aku selalu dengar cerita kawan-kawan putus cinta. Betapa peritnya, betapa kesalnya, betapa sedihnya. Macam-macam betapa lahh. Siap ada yang kurung diri dalam bilik, taknak keluar<---- Tahap poyo nak mampus dah ni. Ah, chill sudah. Putus cinta je. Simpanlah air mata korang tu untuk sesuatu yang lebih berguna ye. Hidup ni banyak pancaroba. Kalau setakat cinta, janganlah terlalu difikirkan. Itulah, jangan cinta mati. Ngehh. So, bila dah putus cinta tu, kenalah menyedar diri, 'dia bukan tercipta untukmu'. Apa? Tak dengar? Aku sekeh kau kang! Dah memang Jehan Miskin tu bukan tercipta untuk kau, Yan! Kawan, kawan jangalah stress bila ditinggalkan atau meninggalkan. Err, yang meninggalkan tu macam taklah stress sangat. Hahaha. Tapi tak tahulah, mungkin sepanjang menjalin hubungan dengan korang, dia stress! Geeee~ Marilah kawan-kawan, aku bagi sedikit tips ni, supaya tidak bersedih setelah di tinggalkan. Yelah dik, akak ni banyak pengalaman. Jehan Miskin tinggalkan akak, Fahrin Ahmad pun, Kamal Adli sama jugak, paling dahsyat, Safiq Rahim siap bagi akak kad merah dik oi!

1) Lupakan segalanya tentang dia
Haa, tu gambar tu. Tak payahlah kau meroyan belek-belek gambar dia hari-hari, segala barang/hadiah dia pernah bagi kau kumpul. Bersihkan semua ruang yang ada kenangan dengan dia. Kalau dia pernah bagi kau bear, kau gunting-gunting bear tu. Janganlah kau sepahkan bilik pulak! Bersihkan semua. Kau simpan setempat. Habis kau kumpul, kau buang jauh-jauh. Senang, bakar je lah. Haish, takpun, kau pergilah buat amal jariah, sedekah barang-barang tu kat orang yang kau tak kenal. Jangan kau bagi kat orang sekeliling. Lagi lah nak menangis tengok orang tu guna pulak. Pastikan ye, semua telah dihapuskan. Sambil-sambil kau hapuskan tu takpayah lah otak tu ligat mengenang kenangan terindah. Lagipun, dia dah buat keputusan untuk tinggalkan kau. Faham ye. Senang nak bagi kau faham, dia taknak kau dah!

2) Make yourself active<---Omputih, bunyik sedap je ni :D
Elok sangatlah tu. Kalau dulu kau asyik dating aje, padanlah muka! Hahaha. Buatlah aktiviti yang dapat membina keyakinan diri, pergilah berborak dengan mak kat dapur tu. *Zass, bukan. Ngehh. Kau pergilah ajak kawan-kawan kau pergi jalan-jalan, buat aktiviti yang kau tak pernah buat. Make yourself tired! Kau pergilah rock climbing ke kan? Jangan pulak kau pergi ajak kawan-kawan karoke just to make yourself feel better. Ishh, nanti kau akan termenung, nyanyi lagu sedih je. Kang kawan kau pun rasa nak hempuk kau dengan microphone tu! Buat something yang mencabar. Pergi kayak ke. Haaa, takpun senang, kau just jogging, skipping<----yang mana tak cukup bajet tu, elok sangatlah buat aktiviti begini. Buat aktiviti yang membuatkan kau penat. Aktifkan diri anda! Yeah, itu ayat yang kita cari. Saya selesaikan Halim!

3) Luangkan lebih masa dengan keluarga
Kalau dulu, kononnya, kau kena bahagikan masa. Tapi sekarang tak payah nak bahagikan masa. Sebab kau memang ada family je. Hahaha. Kalau sebelum ni, kau tak pernah tolong mak kau menjahit, kau ringan-ringankanlah tangan kau, tolonglah jahanamkan jahit apa-apa. Takpun, kau tolong abah kau cuci kereta ke. Ini akan dapat membantu kau daripada memikirkan dia. Jangan kurung diri dalam bilik. Menangis bagai. Habis tisu tesco kau kerjakan! Penting ni, jangan duduk seorang diri. Nanti mulalah kau fikir itu, ini. Ishh, bahaya-bahaya.

4) Buka diri, beri ruang untuk kenal orang lain
Masa bercinta kau setia lah konon kan. Tak nak kenal dengan mana-mana lelaki. Sekarang kau dah single. Buka diri kau; maksudnya bagi orang kenal dengan kau. Yang mana dulu-dulu nak kenal dengan kau, kau try approach. Ni maksudnya bukan flirt ye. Maksud aku, berkawan dengan orang lain jugak. Jangan rasa diri tu nothing. Kau kenal-kenal dengan orang. So, at the same time, kau dapat ramai jugak kawan. Dari banyak kawan tu akan ada teman. Dari teman menjadi cinta, berjanji untuk setia<----Ini lagu NajwaLatif; CartaHati. So, kau takkan rasa sunyi. Kau takkan rasa dikhianati. *apa pulak ni dikhianati tipah oi!

5) Buat perubahan
Dalam-dalam kau sedih tu, ce try buat perubahan. Cari mana silapnya. Mungkin kau kena perbaiki diri. Mahu dari segi luaran ataupun dalaman. Kau cantikan diri, hiasi peribadi. InsyaAllah kau akan tenang. Jangan hanya mengenang kisah lalu, kau abaikan semua. Ingat tanggungjawab, perjalanan masih jauh, nak pulak kalau kau baru 20-an. Aloh! Berubahlah ke arah kebaikkan. Mungkin dari situ, akan kau bertemu jodoh dengan yang lebih baik dan jodoh itu mungkin yang benar-benar tertulis untuk kau. Doa banyak-banyak. Itu yang penting. Buatlah perubahan yang membawa kebaikan.

Haa, ni Khairul Fahmi dah single. Pegilah ngorat! Tak pun si Ally tu. Who is Ally? Alahh, kau ni. Ally Is-kandar! Hahahaha. Si Kilafairy anak Rohana Jalil tu pun ada. Kelasss uollss! Aku pun single jugop. Heh, jangan pulop dikacau laki orang yang macam En. Caha dengan En. Jo tu. Kehkehkeh. Itu janganlah diusik. Bini orang macam Raja Farah tu pun jangan dikacau! Ngeeeee! ^_^V

Khairul
Aisehman. Dia buat aksi tangkap bola! Aku dahla bulat macam bola --

ally
Haish. Yang ni lama dah aku tunggu. Tak daya dah nak kata apa -_-'

kila
Maaf abang-abang, adik tak berani nak insert picture full body. bulan puasa ni. Muka pun dah seksi!

Jadi kawan-kawan, janganlah bermuram durja hanya kerana cinta! Lebih baik bercinta dengan yang kekal setia; Yang Maha Esa. Aku boleh comfirm, memang takkan pernah sakit dan takkan pernah ditinggalkan oleh-Nya...

P/s:Mohon maaf jika ada salah silap dan kalau ada yang terasa. ^_^V

Baca perbualan