Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Membaca wacana cerkas

 

Cerkas, atau nama asalnya, cerita ringkas. Sama seperti cerpen, cerkas adalah salah satu cabang dalam seni penulisan.

Genre cerkas ini pada pemerhatian saya, lahir daripada skill penulis-penulis yang mahukan suatu cerita yang bernaratif, tepat, padat dan ringkas. Kebanyakan yang menulis cerkas ini adalah di kalangan blogger-blogger yang mahu berkongsi penulisan berkualiti. Selalunya audiens mereka juga berkualiti dan memberi respon yang baik kepada penulis. Saya masih belum bagus. Penulisan saya masih belum berkualiti. Audiens? Oh, jauh sekali. :)

Cerkas juga dilihat sebagai cerpen yang berevolusi daripada sikap pembaca yang malas membaca penulisan meleret-leret dan tidak perlu. Bagi mereka, yang penting cerita itu, dan jalan cerita itu perlu bergerak dan tidak mati tiba-tiba. Tidak mati. Jika satu-satu cerkas itu ceritanya tergantung, sesetengah audiens akan menganggap penulisan itu tergantung dan finish,  manakala sesetengah lagi akan mencari penamatnya sendiri. Selalunya, cerita yang seperti tergantung itu sebenarnya sudah tamat dan tidak perlu.

Sebagai contoh cerkas ini, saya ambil dari blog saya :

 

kembali ke masa silam

'macamana dengan mesin kembali ke masa silam tu prof?' Borhan bertanya sambil buat muka eksaited.

Prof. Jamali Shadit diam, sambil tangannya memateri papan litar kereta kontrol anaknya.

'saya dah tak sabar-sabar nak jadi beta tester ni,' borhan berbunyi lagi.

Prof. Jamali Shadit diam dan tekun memasang relay resing pada papan litar kereta kontrol itu.

'prof ni serius je buat kerja,' tegur borhan bila Prof. diam tak menjawab pertanyaannya.

POW!!!

Tungku kaki tiga terbang sipi di tepi telinga Borhan lalu hinggap di dinding simen. Tungku kaki tiga melekat di dinding, asap nipis keluar dari lubang tempat kaki tungku melekat.

Borhan diam.

Nampak tak apa yang dihighlightkan dalam cerkas ini?

[jangan menyemak tanya itu ini masa orang tengah buat kerja!]

 

Menulis cerita ringkas atau cerkas ini selalunya bercakap tentang sesuatu isu, mengkritik, dan menyindir dengan cara paling halus dan kadang-kadang pembaca tak sedar pun ada sindiran dan kritikan di dalam cerita yang cuma beberapa baris itu. 

Sebagai contoh lagi, cerpen yang saya hantar baru-baru ini Cerkas : Surat Khabar, untuk pembaca yang fokus dan teliti, mereka akan perasaan ada beberapa isu semasa yang dikritik secara halus dalam cerita itu.

Sesetengah penulis memberi bantuan kepada pembaca. Namun, ada sesetengah penulis membiarkan sahaja pembaca menilai, mencari dan memikirkan penamat cerita.

Membaca wacana cerkas ini adalah 100% pendapat peribadi saya yang sangat-sangat mentah, hijau dan masih daif ilmu penulisan. Betulkan dan tegur jika ada silap saya. 

Sekian.

Baca perbualan