Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Ogos 2011

 

Hari-hari terakhir dalam bulan baru hendak menulis buletin adalah sesuatu. Ini satu trend yang tak baik :p Apapun, mari jadikannya pendek dan ringkas. Sebab banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah mertua ini (seperti menentang adikipar dalam network game Command & Conquer General: Zero Hour). Huehuehue.

Sepanjang Julai dan Ogos ini ada beberapa muka baru yang muncul, seiring dengan senyapnya beberapa muka lama.

Antara yang menonjol adalah pengkarya Waruna yang saya kira punya tulisan yang menarik. Setakat ini sudah menyajikan 5 certot, 7 puisi dan 1 artwork. Karyanya banyak yang perlu ditafsir sendiri dan jika ada satu yang anda fikir sesuai untuk berbual dengan beliau adalah mencadangkan tajuk-tajuk bagi karya tulisannya.

Kemudian kita turut ada xConradx dan Sayapatah sebagai pendatang baru walaupun jelas dilihat dari karya yang dihantar, mereka ini merupakan pendatang tak berapa baru dalam penulisan. xConradx gemarkan karya bercorak thriller yang jika dihidu dengan teliti turut mempunyai unsur satira seperti cerpen Perjuangan. Sayapatah pula ada menghantar satu pos yang supercomel, Dunia Kecil si Putih. Karya beliau mengingatkan saya pada si Marcel! Hehe.

Di samping itu penulis lama yang kekal konsisten adalah Ckgunikmie yang membariskan puisi-puisi sehingga ke angka 306 di Kapasitor ini. Ada beberapa lagi karya menarik oleh penulis lama tapi akan saya sentuh dalam buletin September kelak.

Baiklah, rasanya sampai sini saja dulu coretan saya kali ini.

Saya, mewakili seluruh kru Kapasitor terutamanya seksyen Bahasa Melayu mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga di hari raya ini kita dapat mengekalkan memontum ibadah dan pengawalan nafsu sehingga bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan.

Kepada yang memandu, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati :) 

Baca perbualan