Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Kini Masuk Edisi 7!

 

Kredit

Alhamdulillah, kita sudah selesai edisi ke 6. Pemenang edisi berkenaan akan saya umumkan tidak lama lagi.

Keseluruhannya saya gembira dengan entri-entri yang ada dalam edisi tersebut.

Baiklah, di sini ingin saya umumkan tema ketujuh bagi pertandingan mini yang diilhamkan kira-kira setahun yang lalu, iaitu:

FIKSYEN PEMINAT

Cerpen bertema fiksyen peminat adalah karya-karya yang ditulis menggunakan watak dari cerita sedia ada. Contohnya anda menulis tentang pertarungan X-Men menentang Harry Potter dan rakan-rakannya. Atau pun kisah Sang Arnab yang ingin membalas dendam kepada Kura-kura!

Ha, jenis karya-karya inilah yang saya harapkan akan muncul!

Manalah tahu selama ini anda teringin sangat sesuatu cerita itu sebenarnya berakhir sedemikian-sedemikian. Inilah masanya untuk terokai kebolehan imaginasi anda! Yay!

Untuk pengetahuan anda juga, dari sudut etika penulisan, karya berkenaan perlulah diletakkan penafian "Watak-watak di dalam cerita ini bukan milik penulis". 

Baiklah, syarat-syarat bagi edisi kali ini adalah seperti berikut:

1. Cerpen yang dihantar mestilah diletakkan kod “PCB#7:” di pangkal tajuk bagi mengesahkan penyertaan.

2. Disebabkan saya gembira dengan edisi yang lalu, saya upkan sikit slot hadiah kepada dua. Tempat pertama RM50 dan tempat kedua RM20. Hei, kalau ada dermawan-dermawan di sini yang ingin menyumbang hadiah bagi edisi akan datang jangan segan hubungi saya ya :)

3. Pemenang akan dipilih berdasarkan pakej kesegaran idea, jalan cerita yang menarik, bilangan like yang diperoleh dan interaksi dengan pengomen. Penggunaan laras bahasa yang baik adalah digalakkan.

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 OKTOBER 2011 jam 11:59 malam.

---

Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) adalah inisiatif Kapasitor Seksyen Bahasa Melayu (Kapasitor MS) menggalakkan penulisan berkualiti oleh pengkarya. Setiap edisi PCB berdurasi 2 bulan dan peserta perlu menulis cerpen berdasarkan tema yang ditentukan bagi edisi berkenaan. Karya yang dihantar adalah hak milik penulisnya. Pihak Kapasitor cuma memberi token insentif kepada pemenang tanpa memiliki apa-apa hak ke atas karya.


Bagi membaca karya-karya PCB edisi yang lalu, klik di sini

Baca perbualan