Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB: Ulasan Pertandingan Cerpen Bertema ke-6

 

Selamat hari raya semua! :)

Setelah agak suram pada edisi ke-5. Pertandingan Cerpen Bertema bagi siri keenam kembali menampakkan peningkatan! Yay.

Malah ada karya yang sesuai bertanding dihantar tetapi tidak dilabel PCB#6 maka tidaklah dapat saya membuat penilaian ke atas karya berkenaan.

PCB#6 mencatatkan 9 penyertaan daripada 5 peserta (atau dari satu sudut boleh dikatakan enam). Pasangan si darah manis CK_Rizzy mencipta rekod penghantaran karya paling banyak bagi satu edisi dengan 5 penyertaan!  Abang 26 kita mengekalkan momentum sempurna untuk penyertaan keenam berturut-berturut. Manakala Cik Choco membuatkan saya terharu apabila cerpen pertama tulisannya adalah bagi penyertaan PCB!

Turut tidak ketinggalan, penulis cerita best tapi tak sambung-sambung – Budak Botak, iaitu Encik Sekopi turut menyertai pertandingan kali ini. Seorang Kapasitorian baru, Wamie_Pie melengkapkan senarai peserta kali ini.

Tahniah dan terima kasih kepada anda semua kerana sudi menyertai pertandingan ini! Bak kata Vince, tiada siapa pun yang pengalahh, okeh! :p

Namun pemenang hanya ada satu. Walaupun karya Ramadhan di Hati Borhan pada mulanya saya jangka bakal unggul, namun Bahagia si Cilik Ecah berjaya memintas saat akhir dengan mengumpul merit penilaian keseluruhan terbaik.

Maka tahniah Cik Choco! Rezeki duit raya untuk anda di Syawal ini ^^

Senarai penuh karya yang menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:
PCB#6 BAHAGIA SI CILIK ECAH – Choco
PCB#6 : RAMADHAN DI HATI BORHAN – Sekopi
PCB#6:RAMA & DHAN – CK_Rizzy
PCB#6:RAMA & DHAN (2) – CK_Rizzy
PCB#6:RAMA & DHAN (3) – CK_Rizzy
PCB#6 RENDANG TOK RAMADHANI – Wamie_Pie
PCB#6 RETRO: AHLI BAND OF BROTHERS – 26life
PCB#6 : RAMA & DHAN (4) – CK_Rizzy
PCB#6: RAMA & DHAN (5) – CK_Rizzy

  Jangan lupa sertai Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) Edisi 7 yang bergenre: FIKSYEN PEMINAT!

Baca perbualan