Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS : Senarai 10 Cerpen Pilihan Kamalia

 


Assalammualaikum dan salam 1Kapasitor...


Setelah berhempas pulas, mengerah tenaga, bermandi peluh dan menyekat keseronokan berhujung minggu, akhirnya berjaya juga saya menyenaraikan 10 cerpen yang menjadi pilihan hati.

Gembiralah saya mengingatkan bahawa cerpen-cerpen yang dipilih ini merupakan pilihan peribadi dan bebas dari unsur-unsur rasuah. Saya berusaha mengorek kembali cerpen-cerpen yang kurang popular namun berjaya menarik minat saya dan di sini saya senaraikan 10 cerpen pilihan kamalia secara rawak (tanpa mengikut urutan paling disukai)


Fantasi Mental Gilarearrange

Sebenarnya, berdasarkan pembacaan saya, tidak banyak cerpen bergenre fantasi yang tersiar di laman ini. Cerpen ini adalah salah satunya. Mengisahkan tentang Khairul yang begitu obesisi dengan permainan video sehinggalah seorang perempuan bertaruh untuk jumpa dengannya jika dia menang perlawanan dengan perempuan itu.

Cerpen ini menjadi pilihan, pertama, kerana ceritanya sempoi. Kedua, pengakhiran ceritanya yang tidak dijangka.


2.  Malam Hujan Rintik-rintik (Automasi Mamak I)akai-x

Cerpen ringas ini ditulis seakan-akan pelit (personal literature) dan selamba. Sebenarnya bahagian paling menarik dalam cerpen ini adalah bahagian kedua yang menceritakan secara sinikal kehidupan Rampwalk Remo, seorang pekerja asing kedai mamak.


3. “Johnny Depp terpaksa akur” itu kata doktorotak

 Cerpen ini disediakan dengan gambar dan gambar tersebut sangat membantu penceritaan cerpen ini. Kisah mengenai satu kes bunuh diri yang diceritakan pada sudut pandang pertama ini diselitkan dengan unsur humor. Mungkin ia lebih bergenre dark humour/dark comedy yang sebenarnya salah satu genre yang menarik jika diteroka.

Dan, jika anda menyangka Johnny Depp di dalam cerita ini adalah sejenis orang, anda silap. Johnny Depp boleh menjadi apa sahaja dan bukan pelakon Alice In Wonderland semata-mata!


4. Bila Hidup Kurang Sempurnavalium

Bila hidup kurang sempurna, kita selalu merasakan kitalah manusia yang paling malang di muka bumi ini.

Saya rasa ini adalah antara cerpen terbaik yang pernah muncul di laman Kapasitor ini. Cerita tentang Imran, seorang kanak-kanak yatim piatu dikisahkan dengan baik sekali. Ia memang sebuah cerita ala drama tetapi bukan kisah drama biasa. Banyak perkara yang boleh diambil dari cerita ini dan tak keterlaluan jika saya mengatakan cerita ini boleh membuat ramai merembes air mata.


5. Waiting For Cristy - Ancalime

Salah satu cerpen kegemaran saya dari Ancalime. Cerpen ini ditulis dengan selamba dan ia memang gaya Ancalime. Cerita mengenai kehidupan ‘Aku’ dan Cristy yang menjadi pekerja bukan kegemaran syarikat tempat mereka bekerja. Penulis bijak memilih tema ini kerana tentunya ramai yang pernah berada dalam situasi sebegini, menjadi pekerja bukan kegemaran yang sering dihina dan menjengkelkan.

Disampaikan dengan bersahaja dan ditambah dengan beberapa unsur-unsur lucu dan sinikal, cerpen ini memang berjaya menambat hati.


6. Hari Yang Biasahulubalang

Hulubalang merupakan penulis kegemaran saya! Penulis gemar menyampaikan cerita dengan penerangan yang terperinci dengan gaya yang sinikal. Cerpen ini adalah antara cerpen yang paling saya suka dalam banyak-banyak karya hulubalang.

Cerpen yang diceritakan berdasarkan sudut pandang kedua ini mengisahkan tentang ‘dia’ yang melalui hari-hari biasa. Hari-hari biasa yang dilaluinya itu agak parah sehingga menimbulkan satu imaginasi yang luar biasa. Adakah imaginasinya itu akan menjadi realiti lalu mewujudkan sesuatu di luar normal yang sering menjadi angan-angannya itu.


7. Kedekutuculer

Cerpen ini ringkas sahaja tapi cukup perencah dan jujur. Cerita tentang mencari kebahagian dan kebahagian itu bukanlah hanya memberi sahaja. Kebahagian itu juga menerima.

Temanya kasih sayang. Benarlah, kadang-kadang bukan kita tidak sayang, barangkali kita tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan kasih sayang itu dan menerima kasih sayang orang lain adalah salah satu cara menunjukkan kasih sayang kita sebenarnya.

Saya juga ada membuat sedikit ulasan mengenai cerpen ini tidak lama dulu.


        8. Jajan Kegemaran - Kurusawa

Seperti biasa, Kurusawa memang tidak pernah lupa membuat saya tergelak seorang diri depan skrin bila membaca cerpennya.

Dalam banyak-banyak cerpen Kurusawa, saya memilih yang ini kerana tentunya kelakar, tak masuk akal dan ada makna tersirat di sebalik cerita ini. Mungkinkah Kurusawa menyindir golongan yang menyimpan saka ataupun menyindir saka itu sendiri?

Sekali sekala membaca cerpen di luar kotak sebegini memang menghiburkan.


9. Dongeng Tentang Katak - toti

Penulis ini sering membawa tema-tema berat dalam cerpen-cerpennya. Cerpen ini menjadi cerpen pilihan saya kerana ia adalah sebuah sindiran pedas tentang situasi yang berlaku di negara ini. Cerita tentang propaganda, kuasa dan ketamakan disampaikan dengan baik oleh toti dalam dunia dongeng katak.

Bagi saya, ini adalah antara cerpen satira terbaik dalam laman ini.


10.   Misteri Perkuburan Purba - rebelliben

Terkenal dengan gaya sinikal, rebelliben berjaya menyampaikan cerpen satira ini dengan baik. Ayat pertama cerpen ini sahaja sudah menunjukkan ia merupakan cerpen satira.

Cerpen ini mengisahkan kerja-kerja penggalian kubur di salah satu tempat di Malaysia yang akhirnya membawa kepada penemuan Firaun. Adalah sesuatu yang pelik apabila Firaun dijumpai di tapak penggalian kubur di Malaysia.

Ya, Firaun ada di mana-mana sahaja tak terkecuali Malaysia.


        Sekian sahaja 10 cerpen pilihan saya. Mungkinkah ada yang sama dengan anda atau anda ada pilihan lain?




Baca perbualan