http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Kapasitor MS: Buletin September 2011

iklaneka
 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Hari Raya Open House dan selamat berhari-hari bersidang di mahkamah! Eh? Cerita lain.

Kepada yang sudah berusia, bagaimana paras kolestrol anda? Yang sederhana usia, beringat sebelum kena. Buat yang muda-muda, laburlah duit raya ke akaun SSPN untuk masa depan pengajian tinggi anda, cewah!

Cerpen-cerpen Pilihan

Baru-baru ini saya menyelongkar arkib Kapasitor. Meninjau-ninjau karya-karya yang saya suka baca dulu hingga kini. Mana yang menarik dan best saya kumpul dan kompilasikan ke dalam senarai. Jemputlah singgah ya ke entri berkenaan.

Kamalia dan Kurusawa turut menyambut kempen yang saya buat dan telah pun menyediakan senarai mereka juga di sini dan sini.

Setakat ni, masing-masing ada selera dan pilihan sendiri. Saya punya senarai lebih cenderung kepada yang ada mesej. Naluri kebapaan dah bercambah duga Kamalia. Senarai Kama pula macam diri dia, unik dan berani. Kurusawa pula memang bercakap benar, (sebab dia letak karya saya salah satunya) hehe :p gurau.

Hiatus

Saya akan menghilang bermula 1 Oktober. Bukan kerana benci atau tak sudi, tetapi kehendak kerjaya saya. Setelah dua setahun secara hakikinya berkhidmat kepada rakyat, tibalah giliran saya untuk menyertai kursus yang akan membolehkan saya disahkan menjawat kerja ini.

Kursus yang bakal menuntut pelbagai pengorbanan seperti meninggalkan isteri dan kandungan, mengurangkan masa di Kapasitor entah mungkin masuk seminggu sekali, sebulan sekali, bergantung pada jadual.

Kursus saya 6 bulan. Empat belas minggu daripadanya adalah kelas sehingga larut malam. Disulam modul Wataniah 4 minggu, anak angkat 3 minggu, khidmat masyarakat 1 minggu, OBS 1 minggu dan pelbagai lagi.

Oh, janganlah harapkan saya akan kurus melalui semua itu. Lutut saya masih belum pulih. Jadi mengikut kata penyelaras kursus, orang macam saya bakal jadi tukang masak di hutan (waktu modul Wataniah contohnya). Baguslah tu. Orang lain kuruskan badan, saya sah-sahla setiap 3 ayam digoreng satu masuk perut dulu. Tester :p

Siapa Nak Tulis Buletin?

Jadi kembimbangan saya adalah seperti perkara tersebut di atas. Siapalah yang nak omel-omel secara rasmi kepada Kapasitorian sekalian, khasnya seksyen Bahasa Melayu. Saya tahu, buletin ni pengisiannya tidaklah berfokus sangat. Lebih kepada sembang-sembang. Tapi pada saya inilah sedikit signifikasi kami, Kru Pengelola berada di sini.

Saya sendiri tak tahu berapa kekerapan online yang boleh saya usahakan kelak. Tapi agak-agak kalau saya tak boleh nak online tu, ada ke tak inisiatif rakan Kru lain tiba-tiba umum kata nak tuliskan. Hihi. (Mengharapp).

Sepintas Seksyen Cerpen

Baiklah, sepanjang sebulan yang lalu Kapasitor banyak menerima cerpen-cerpen yang menarik. Sayang saya tak minta Kru Pengelola buat ulasan sikit pasal karya-karya yang muncul ni. Musim-musim raya ni nak bagi dia orang makan di rumah terbuka dengan aman :p

Apapun abang 26, bila beliau serius sikit menulis.. amek kau! Dia Suka Pada Milah penangannya. Riri, Doktor Hati pengkhususan Puan di Kapasitor berjaya mengubat melalui Cinta Yang Terlewat. Terapi cerpennya telah membawa sinar baru kepada salah seorang pembaca melalui testimoni yang saya lihat di komen.

xConradx memberi ingatan dalam sindiran melalui Juadah – sebuah cerpen sudut pandangan kedua. Karya islamik dan ilmiah, Sudah Hampir Jam 12 pula disajikan oleh Farahino. Sesuai untuk mereka yang menghafaz dan mencari kekhusyukan.

Saya juga gembira melihat karya Kak Adreena muncul buat dua bulan berturut-turut, kali ini melalui Rajuk Sang Hati. Ucu turut melepaskan kerinduan saya dengan Inspirasi. Buat Ucu, semoga ibu anda segera sembuh ya! :)

Seksyen Novel dan Puisi

Novel, satu saja karya yang sedang mendominasi, Lama Saya Tunggu Awak. Ditulis oleh Yangzihana, saya kira cerita ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri. (Macam biasaaa je buatt, hihi).

Di puisi pula haa.. istimewa sikit. Buat yang masuk sekejap-sekejap mungkin tak perasan. Sebenarnya sedang ada perang puisi di situ. Seorang terluka, meluah rasa. Seorang mempertahan diri, meluah rasa juga. Hihi. Hangatlah  juga saya perhatikan. Kepada anda yang berkenaan. Semoga lekas berbaik semula ya! :)

PCB#7

Selepas Choco mengungguli edisi 6. Pertandingan Cerpen Bertema kini sudah menginjak fasa 7. Anda boleh baca di sini ya untuk syarat-syarat penyertaan. Setakat ini dua entri sudah diterima. Peminat Sleeping Beauty dan Star Wars! Hehe. Terima kasih ya Jojo dan Dayya. Sporting! :D

--

Baiklah, sampai di sini saja Buletin Kapasitor untuk kali ini. Saya akan memulakan cuti pada Rabu depan, ingin menyediakan mental dan material sebelum menyerah (melapor) diri ke kursus dinihari Sabtu, 1 Oktober nanti. Anda semua, doakanlah saya berjaya melalui kursus tersebut (dalam keadaan fizikal yang terbatas) ini dengan cemerlang. Semoga tilam yang saya tiduri tidak berlubang.  (Eh?) Maksud saya, akibat dihakis liur basi.

Wassalam.


Share!Email

about the author

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Add cahatomic as your friend | Send Message

my other posts
Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012: Pengumuman Pemenang! | 4224 reads
Kapasitor MS: Senarai 10 Cerpen Pilihan Cahatomic | 8165 reads
PCB: Ulasan Pertandingan Cerpen Bertema ke-6 | 12080 reads
PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Kini Masuk Edisi 7! | 14601 reads
Kapasitor MS: Buletin Ogos 2011 | 6364 reads
Kapasitor MS: Buletin Julai 2011 + Pemenang PCB#5 | 8109 reads
PCB: Tema 6 Kini Menjelang | 12234 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Till We Meet Again


admin blog