Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Puisi - Berdiri di Penjuru Perjalanan

 

Berdiri di Penjuru Perjalanan

(khas buat belia harapan Negara, 21.10.2011)

 

Berdiri di penjuru perjalanan

Melihat ragam manusia yang bertebaran

Menjinjing saki baki kehidupan

Di pesta muda mudi malam hari

Di corong jalanan sepi kala sunyi

Di sudut simpang maut menunggu mati

Masih dijajah minda anak bangsa

 

Berdiri di penjuru perjalanan

Kunukilkan kata-kata semangat

Agar ada yang bisa sedar

Luka yang lama masih berdarah

Parut sang penjajah masih berbekas

Semakin sakit anak bangsa,remaja dan belia

 

Berdiri di penjuru perjalanan

Menyelak kembali sejarah perjuangan

Menentang kezaliman, penindasan dan penjajahan

Perit getir mencapai sebuah kemerdekaan

Berbekalkan kecekalan dan keazaman

Bangsaku bangkit bersatu atas nama Tanah Melayu

Tanpa mengira bangsa, warna kulit dan corak kehidupan

Membentuk suatu rumpun bangsa yang disegani dan dihormati

Bangsaku mahsyur di bawah panji-panji Raja Melayu

Daulat Tuanku.

 

Berdiri di penjuru perjalanan

Semakin deras luka yang lama mengalir

Kerana bangsaku sudah terleka

Tenggelam dalam kemajuan

Bertelanjang dalam berpakaian

Bersatu atas dasar hiburan

Berjuang mencari kedudukan

Berpecah dalam perpaduan

Berlagak seperti tuan

Tapi malang minda seperti haiwan

 

Berdiri di penjuru perjalanan

Menarik nafas panjang

Menanti saat diri dijemput Tuhan

Aku masih menanti sebuah perpaduan yang hakiki

Bersatu atas satu nama yang digeruni

Membentuk sebuah bangsa beridentiti

Membina transformasi yang dihormati

Agar bumi berdaulat ini terus subur

Dengan benih-benih berkualiti

Dibawah takluk pemimpin yang disegani

Semoga bangsaku mahsyur

Dibawah Satu Nama, Satu Bangsa dan Satu Malaysia.

 

Nukilan,

(Muhammad Naim bin Fital)

UiTm Shah Alam, Fakulti Undang-undang.

Baca perbualan