Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Disfungsi Sistem Fiksi

 

Satu2 sistem yg telah digunakan sejak sekian lama dan dilihat semakin hilang keberkesanannya. 

 

Boleh diumpamakan seperti batu asas konkrit yg lompang di sana sini akibat dimamah parasit usia. Lompang2 ini perlu segera ditutup supaya batu asas konkrit itu tidak rebah menyembah bumi sekaligus meruntuhkan konstruk yg telah dibina.

 

Maka untuk mengatasi disfungsi secara efisien, sewajarnya perlu dilakukan satu proses timbangtara yg sangat kritikal untuk mendeterminasi lompang2 yg ada dalam satu2 sistem fiksi tersebut. Setiap ahli, terutama daripada lapisan yg paling dasar iaitu komuniti majoriti dalam konstruksi sosial sistem itu perlu mempersoalkan keberkesanan sistem sedia ada. Dan harus diingatkan, dalam proses mempersoalkan sistem yg menjadi serupa batu asas konkrit itu, setiap ahli perlu berkongsi satu matlamat yg sama. Tidak mengira fahaman, pegangan atau pendirian. Hanya satu matlamat. Demi kesejahteraan setiap ahli yg berada dalam sistem. Perkara penting dan perlu dielakkan. Jika suara golongan majoriti yg berfungsi sebagai lapisan dasar sistem itu sendiri berpecah, maka golongan minoriti iaitu puncak sistem atau pelaksana sistem tidak akan ambil peduli. Jadi, adalah perlu untuk membina satu kebersamaan bagi lapisan dasar untuk menuntut sistem yg lebih berkesan daripada golongan pelaksana.

 

 

 

Ini bukan revolusi. Ini juga bukan konspirasi. Ini cuma satu permintaan dari komuniti.

 

Baca perbualan