Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Menari atas paksi memori

 

Lama aku cuba hilangkan diri. Terselit diantara kesibukkan dan nikmat kealpaan. Ia adalah menarik jika dilihat dari sudut negatif.
Benda negatif yang kita pergunakan sepenuhnya, hingga pecah meter. Sedap kan?

Untuk lebih jujur lah.

Bandar klang , circa 97' masih aman tanpa lalu-lalang pendatang. Immigran luar negara , dengan kata berlapik tak-rasis nya.

Second Combat dan Dashown menjadi band bagus, tapi tua. Sewa studio tak semahal mana, tapi masih perlu untuk berkongsi duit.
Skinheads rata-rata jalan bawa payung hitam. Mat metal bersidai depan hentian bas Great Wall. Gerakan anarko, masih dalam bentuk biji benih. Skaters masih riang ria bermain dihadapan BSN (sebelum disimbah sebaldi air Yassin oleh pelajar institut tahfiz)

Dengan beg sekolah, ke hulu ke hilir aku jelajah. Penat tolak tepi, janji aku dapat lihat dunia dalam bentuk rebel sendiri.
Rebel dalam erti terpinga-pinga bila ditawarkan untuk hubungan seksual percuma, terhuyung-hayang bila baru lepas menogok setin beer yang dicuri dari 7eleven bawah plaza Chi Liung.
( walau harga perempuan spa dan beer tak semahal sekarang, aku nikmati juga secara percuma )

Saat itu adalah - level of fine dining- aku.

Bila lapar, dua keping roti canai, kongsi bersama-sama mereka yang aku kira sudah kembali kepada tanah.
"Life kita fucked up, atas bawah." qoutasi dari seorang rakan lama.

Dengan berbekalkan baki 70sen, aku naik bas pulang ke rumah bila senja mengeluarkan efek.
Setibanya dirumah, aku letak beg dan menuju ke arah meja makan. Nikmati makan malam yang emak sediakan.
Bila sudah kenyang, aku masuk bilik, tarik selimut, dan berterima kasih kepada Tuhan atas nikmat yang diberikan olehNya

Sekarang aku hidup dengan bekalan gaji purata beberapa ribu sebulan yang tak pernah mencukupi.
Terlalu personal, adakah aku merindui saat masa lampau? Rindu tapi bagi aku, itu sudah cukup.

"Built, therefore, your own world"- Ralph Waldo Emerson

Sebulan yang lepas , aku mengalami sakit belakang yang amat sangat. Terlalu perit sampaikan berdiri dalam perjalanan di antara stesen Subang Jaya hingga ke Pelabuhan Klang, terlalu azab.

Okay, itu minggu pertama.

Masuk minggu kedua, ego aku luntur. Pinggang aku terasa hendak tercabut sangat-sangat.
Aku pergi jumpa doktor.

"Sakit apa?"
"Macam ini doktor, minggu lepas Astro ada tayang cerita Twilight..."
"Ya, ya..pasal Vampire tu kan?" Doktor wanita ini menunjukkan minat. Sememangnya novel Twilight adalah bacaan porno bagi kaum wanita.(pun intended)
Dia siap topang dagu.
Aku tak nafikan, cedukan ke filem untuk novel berkenaan adalah sangat menarik.

Dia mungkin sekejap lagi akan suruh aku pilih antara Jacob atau Cullen.

"Lepas habis cerita tu, saya terus cari dumbbell..."
"Ini kes awak salah letak dumbbell-lah kan?" pintasnya sambil tergelak. Tergelak dengan kuat sambil pen pada tangan kanannya menunjuk tepat ke fail perubatan aku, 'Status-Bujang'.

Iya, Jacob adalah jawapannya.

Soal ego, walau sebesar mana sekalipun, dalam konteks ini ego lelaki lebih besar dari telurnya, tetap akan kalah pada perempuan.
Dalam banyak cerita, aku bikin banyak salah pada beberapa orang wanita yang pernah aku kenal. Minta maaf.
Dia beri aku ubat tahan sakit dan krim otot.

Okay, ini sahaja untuk bacaan hujung minggu kamu semua dari aku.

Sekarang sakit belakang aku dah mula elok. Sudah boleh cuba-cuba untuk belajar menunaikan solat.

Baca perbualan