Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rasa cinta kita, seperti manisnya epal merah

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera Kapasitorians semua.

Walau jarang berbicara sejak kebelakangan ini, saban hari saya tetap melayari laman sesawang yang banyak membantu saya dalam bidang penulisan. Cuma, kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat beramah-mesra dengan ahli-ahli baru waima rakan-rakan lama di sini. Huhu... :(

Baiklah, tak mahu berbicara panjang, sekadar ingin berkongsi baby baru saya dengan anda semua. Alhamdulillah, sudah pun berada di pasaran sejak dua minggu lepas. Di sini saya kepilkan blurb novel ini.


Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.

Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.

 

Merah Cinta Epal

Kaki Novel Enterprise

Sem. Malaysia: RM 18

Sabah/Sarawak: RM 21


Ulasan-ulasan pembaca, sudi-sudikan singgah ke page FB saya di sini.

Sudi-sudikan ya... (^_^) 

 

Baca perbualan