Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pada hari 428, saya dan seorang cina yang tertinggal.

 

                Pagi itu semuanya tenang sahaja. Saya bangun pagi dan mandi. Mandi itu sedikit mendinginkan hangat semangat saya pada malam tadinya, iaitu sebelum pagi 428 yang telah terdiang oleh video-video occupy dataran di youtube oleh anak-anak universiti menuntut pendidikan percuma. Usai saya menonton jam lebih kurang 5 pagi, ayah saya sudah bangun menyiapkan kedai untuk dibuka pagi, saya ke bilik merehatkan mata. Saya mahu bangun pagi dan pagi itu semuanya tenang sahaja.

                Saya melakukannya seperti biasa, mandi, makan, merokok, dan berak dengan tenang. Melihat ayah saya menyediakan kereta untuk perjalanan ke Kualu Lumpur sebentar lagi, semangat saya sedikit terdiang. Ya, ayah seperti unggun buat saya, seperti yang diukir A. Samad Said dalam puisi Unggun Bersih pada Bersih 2.0.

                Menanti beberapa rakan lagi untuk bersama dalam satu kereta sebatang demi sebatang rokok dicucuh. Kemudian update blog. Kemudian cas bateri telefon. Kemudian membaca status di facebook. Kemudian rakan yang ditunggu tiba.

                Semuanya bergerak dengan biasa dan tenang. Saya teringatkan pesan-pesan dibanyak blog serta catatan di facebook tentang perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu untuk perhimpunan ini. Kemudian saya fikir, “Ah, ianya perhimpunan aman dan kami mahu duduk sahaja dengan aman.” Lalu saya abaikan ingatan yang muncul tadi. Tiada lagi garam, tuala, air atau sedikit makanan ringan, yang ada cuma semangat, rakan dan sehelai pakaian kerana bimbangkan hujan.

                Kami mulakan perjalanan dengan tenang dan gembira.

                ***

                Di LRT Masjid Jamek, dari atas itu saya dengar laungan. Hati tiba-tiba berkata, “oh, ianya sudah bermula.” Jam baru 11.00pagi. Orang sudah memenuhi jalanan di sekitar kawasan Masjid Jamek. Penuh. Bukan sekadar memenuhi ruang kaki lima pejalan kaki, namun di atas jalan raya. Saya teruja dan teringatkan “amaran tukartiub 500000”.

                Orang ramai, pekikan, laungan, kuning, hijau, kad, baner dan semangat memenuhi Kuala Lumpur. Lagi, sampah. Malaysia ini sebuah negara dunia ketiga yang baru belajar untuk membangun. Mentaliti masyarakatnya masih tidak sebersih Bersih ini mungkin. Abaikan perkara itu, Malaysia tidak terbandingkan Jepun atau Singapura atau Brunei dari segi mentaliti masyarakatnya. Abaikan sehingga masyarakatnya menambah baik mentaliti tentang perkara kebersihan ini. Kelihatan pada awal-awal lagi perhimpunan ini sudah gagal. Tapi saya cekalkan hati.

                Bersama-sama dalam lautan manusia, maju ke depan, dan berundur seperti ombak. Oh, metaforanya seperti kurang sesuai. Harus saya tukarkan, seperti dalam tasik buatan manusia manusia memenuhi segenap ruang empangan, penuh, dan terus memenuhi kerana empangan itu tiada jalan untuk keluar ke ruang yang lebih luas yakni Dataran Merdeka. Manusia terus penuh, dan penuh. Seperti terlalu hiperbola perumpamaan saya ini. Tapi itulah hakikatnya.

                Kemudian manusia yang terempang dalam empangan ini terus bertambah. Seperti air hujan yang menurunkan bah. Ini bah manusia. Empang pihak keselamatan kelihatan begitu rapuh dan semakin kecil. Saya berada di barisan hadapan. Lapisan kedua, dari Jalan Masjid Jamek, di benteng dan kawad duri keselamatan yang menjaga ruangan milik rakyat itu. Kemudian hujan manusia terus menerus mengalir, empangan itu tidak lagi ampuh menahan kuasa manusia yang kian bertambah.

                Jerit saya dalam jerit pekik ramai orang, “Maju... maju”

                Kemudian benteng itu leper. Bersih mula melimpah ke kawasan dataran. Kemudian bas merah itu menyembur air.

                Kemudian. Segalanya tercatat di facebook, blog, dan youtube. Saya percaya ramai peserta berada dalam situasa yang sama dengan saya. Garam. Air. Pedih mata. Air mata. Sukar bernafas. Mahu pitam. Letih. Haus. Bersemangat. Bom asap. Air gatal. Kelembutan pihak keselamatan. Kemudian segalanya tidak terkawal lagi.

                Satu yang saya ingat, saya ada memeluk seorang anak kecil perempuan dengan ibunya yang terjatuh di kaki lima dirempuh orang ramai. Saya turut dirempuh. Kemudian saya berlalu kerana ditolak si ibu atau entah siapa. Saya tadah tangan meminta garam. Ada seorang lelaki meminta garam daripada saya tapi saya menggelengkan kepala. Saya tiada garam. Ini perhimpunan aman  dan saya mahu duduk di Dataran Merdeka dan saya tak perlukan garam pada mulanya.

                Kemudian seorang lelaki mencurah garam di atas telapak tangan saya, kemudian saya berjalan perlahan menghulur garam kepada orang ramai di sekeliling. Saya dapat rasakan perpaduan manusia ketika itu. Tanpa rasa jijik, berpuluh orang berbagai kaum berkongsi mencubit garam di atas telapak tangan saya. Kemudian klimaksnya garam yang tinggal sedikit-sedikit di tangan saya masih hulurkan, tiba-tiba pergelangan tangan saya disentak. Seorang lelaki cina memegang pergelangan tangan saya dan menjilat sisa garam di telapak tangan itu. Kemudian dia berlalu meninggalkan saya entah kemana. Lelaki cina itu mungkin tidak sedar dia telah tertinggal sesuatu pada saya dan saya akan simpan untuk generasi hadapan yakni PERPADUAN.

                Mungkin, Bersih ini tidak sebersih pada fikiran saya pada awal-awal tadi tapi ada sesuatu juga dapat dibawa pulang dari perhimpunan ini. Ya, hakikatnya Bersih ini penuh dengan sampah sarap dan darah. Namun saya bawa pulang cerita PERPADUAN dan akan saya tinggalkan pula buat generasi terkehadapan. 

Baca perbualan