Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Membaca ( yang takkan sama dengan apa yang kau dengar). Kematian, seks dan terus hidup

 

And the night, when the moon is bright,
Someone cries, something ain't right.

Pada 1 April, saudara jauh telefon aku;
"Pak Ude dah meninggal.."
Tersedak aku buat seketika.

Benda yang sekecil mana pun, aku tak boleh uruskan selepas mendengar berita itu.
Tapi walau macamana sekalipun, Dia menjemput, dan aku harus redha.
Penyakit jantung memang membunuh. Termasuk menghilangkan semangat orang yang masih hidup.

Maka, aku tulis dalam tertekan. Orang tua itu, Arwah Pak Ude. Walau tak kacak, tapi semua orang sayang.

Dia suka buat sesuatu benda gelisah, nampak hebat dan kelakar.

Kambing, kucing atau semuanya.
Kari Landak atau lidah Seladang.
Perut boroi, pantai Port Dickson.

"Datang Bahau bawa rokok. Ude nak."

Aku tak dapat nak tulis kesemuanya.
Moga tenang disisi Nya, Pak Ude..

"Mak ude jemput kau datang kenduri anak dia. Uwan pun ajak kau sekali. Jangan tak datang.." pesan adik aku minggu lepas.

Ada kederat mahu jenguk Bahau? Aku kirim doa di angin lalu...

***************************************

Cerita Andy.

"Lu kalau tak pergi Siam, mati mata tak boleh tutup tau..." Kata Andy pada aku dengan penuh semangat.

Aku dengar dengan penuh disiplin. Hidup mendengar mesti ada disiplin. Kita sentiasa kena jadi pihak yang mendengar.
Terutama sekali berkenaan dengan cerita perempuan, ehem ehem, tempat mana murah, yang mana puas, yang mana satu kau boleh 'bela'.

Aku suka mendengar. Kadang-kala aku ikuti dengan fantasi. Itu sudah cara aku.

Pernah juga aku menjadi mangsa untuk mendengar seorang kawan berceloteh. Tentang macam-macam. Err lebih kepada dongeng atau mitos. Aku tahu dalam sepuluh patah dia cerita, seluruh abjad umpama mahu ejek dia kembali, "Tipu lah lu cerita"

Jadi apakah keperluan untuk aku mendengar? Macam aku cakap tadi, 'diikuti dengan fantasi'. Sambil dia berceloteh mitos diri sendiri
( cerita tipu dia ), aku dengar sambil merenung sekali-sekala pada celahan buah dada.
Give and take. Tipu kalau aku tak perlu merenung pada bahagian tersebut.
Dia bagaimanapun bukan jenis yang aku suka bawa mendengar sembang hingga ke atas katil. Mulut dia berbau bila mula mengerang.
Ramai lupa akan kepentingan mengosok gigi dan berkumur.
Bau nafas mengurangkan rasa sensasi seksual. Listerin punyai taraf yang sama seperti kondom.

Berbalik kepada cerita asal. Andy ajak aku pergi Siam untuk memantat.
"Nanti mata tak boleh pejam woo.." Berulang kali dia meracun.
Babi punya kawan.
Aaah, yang penting malam ini, mata aku kena pejam. Esok banyak kerja mau bikin.

***************************************

Dee Dee Ramone menulis antara bait terhebat,

"Tattooed your name on my arm. I always said my girl's a good luck charm.
If she can find a reason to forgive, Then i can find a reason to live"

Rangkap terakhir buat diri aku. Untuk segalanya. Buat semua, aku tak tahu, tak pernah tahu, mungkin akan cuba untuk ambil tahu.

Baca perbualan