Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012: Pengumuman Pemenang!

 

Walaupun hanya enam penyertaan, tapi pemilihan pemenang tetap satu tugas yang amat berat. Ada karya yang bagus, tetapi telah melanggar had masa penyertaan. Ada karya yang menarik, tetapi tak cukup atau terlebih perkataan berbanding syarat yang ditetapkan.

Setelah ditolak ditambah, inilah keputusan muktamad para juri yang mengadili pertandingan kali ini. Saya akui, kedudukan akhir ini bukan hanya bergantung kepada kualiti tulisan. Tetapi turut menitikberatkan kepatuhan kepada syarat-syarat pertandingan.

Tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik sekalian, diumumkan keputusan Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi:


Tempat Pertama:
Aku Percaya - Adik Fatin Nabila Bt Mohd Khairul Hisham


Tempat Kedua:
Aku Percaya Engkau Jodohku - Adik Nur Hanisah binti Mohd Johari


Tempat Ketiga:
Pengorbanan Seorang Sahabat - Adik Nur Athirah Binti Mohd Noorzally


Saguhati #1:
Erti Sekuntum Bunga - Adik Siti Nurkhairina Yahizan


Saguhati #2:
Maryam - Adik Farahanim binti Mohd Esa


Saguhati #3:
Cinta Antara Laut dan Langit - Nur Izzah bt Abdullah Suki


Hadiah Khas, Like Facebook:
Aku Percaya Engkau Jodohku - Adik Nur Hanisah binti Mohd Johari


*Penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Rabu jam 12.50 tengahari bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3. Hubungi 019-385 7441 (Abg (pakcik?) Syahar) untuk lokasi penyampaian hadiah.
*sila rujuk di bawah

Sehingga bertemu lagi pada edisi akan datang pada tahun hadapan! (Insya-Allah).

Sekian.


Mohd Syahar bin Azizan
Pengarah
Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012


----------------------------------------

UPDATE TERKINI (15 OGOS 2012): SETELAH BERBINCANG DENGAN GURU PENYELARAS DI SEK MEN KEB JALAN 3, PUAN NURUL HUDA EL-AMIN MUHARDI, SESI PENYAMPAIAN HADIAH INI AKAN DITUNDA SELEPAS RAYA PADA TARIKH YANG AKAN DIUMUMKAN. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI NOMBOR TELEFON SEPERTI DI ATAS. KESULITAN AMAT DIKESALI.

SEKIAN, TERIMA KASIH. 

 

Baca perbualan