Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Santun - sebuah novel pendek Petak Daud.

  • PETAK
  • 11 years ago
  • 2,288

 

\"Cover


Santun adalah sebuah novel pendek dari penulisan Petak Daud.

Ianya berkisarkan tentang sesuatu yang berada di dalam lingkungan kita sendiri, tetapi tidak pernah kita perasan, dan fikirkan. Sebagai seorang manusia yang pernah, dan akan mengalami proses menjadi seorang remaja, cinta adalah satu perkara indah yang tidak pernah dilepaskan untuk merasa.

Cuma bezanya, apakah cinta itu pada maksud kau, aku, dan yang lain-lainnya? Pada siapakah dan untuk apakah cinta ter-agong itu kau bazirkan? 

Apakah yang ada di dalam kepala Amri ketika sehari-harian dia bersama Rina di dalam rumah kecil itu, pergi ke kelas bersama-sama dan pulang berdua-dua? Apakah yang berada di dalam akal fikiran kau, aku, dan yang lain-lain nya semasa membacanya?

Macam mana kau berdepan dengan ibu bapa kedua pihak bila kau dan makwe kesayangan masih lagi hidup berstatus pelajar? Kahwin dengan santun, atau teruskan bersekedudukan tanpa santun?


*

“Mak aku pun kahwin dengan ayah aku, umur lapan belas,” kata Amri.

 

“Kau tak boleh nak compare zaman diorang dengan zaman kita, Amri. Zaman diorang, kalau tinggi mana pun kau belajar, ke dapur juga kau akhirnya. Zaman kita, perempuan dah pandai berdikari. Cari duit sendiri. Mentaliti mak ayah dah berbeza,” balas Zul perlahan-lahan, cuba mengatur perkataan.

 

Amri menekan-nekan perutnya dan terus meluahkan ketawanya. Kemudian, dia berkata,

 

“Sekarang pun still ada lah pemikiran mak ayah - kalau anak perempuan aja, mesti ke dapur punya. Tak payah cari kerja tak payah belajar tinggi. Ahaha. Still ada tau tak,” kata Amri. Zul yang sedang berbaring memandang siling, terus memandang ke arah Amri yang sedang tenang menatap wajahnya.

 

“Ha. Kat mana?” tanya Zul.

 

“Kat drama Malaysia,” balas Amri sambil terkenangkan semula drama-drama tempatan yang pernah ditontonnya. Kemudian, mereka ketawa lagi. Lagi. Lagi. Dan lagi.

 

Sehingga kedua-dua mereka sudah benar-benar letih, dan tidak lagi mampu untuk mengangkat mulut dan bercerita, akhirnya mereka tertiarap terus di ruang tamu. Zul di atas sofa, manakala Amri di atas lantai.

 

“Rin balik, aku kahwin,” kata Amri, antara bisik, dan tidak.

 

Zul tidak menjawap apa-apa. Dia sudah terlena. Dan bermimpi tentang yang indah-indah sahaja.

 

 *

RM15 senaskah. Boleh dibeli melalui by hand sebab kami mengalami sedikit masalah dengan sistem pos. Maaf.

Untuk membeli, hubungi saya di,

https://twitter.com/petakdaud
http://www.facebook.com/ptkdaud

 Dan jemput like page Santun di Facebook ;

http://www.facebook.com/pages/Santun/402602029780954?ref=hl 

Baca perbualan