Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tentang kekuatan.

 

Orang cakap, makin banyak musibah dan cabaran yang kita dapat, makin kuatlah hati kita.

Apa itu hati yang kuat, sebenarnya?

Adakah kalau kita kerja kuat siang malam untuk hasil kerja yang terbaik, maksudnya kita kuat? Adakah kalau kita tersenyum balik selepas sebulan dua menangis patah hati, maksudnya kita kuat? Adakah kalau kita masih mahu terus hidup selepas hilang orang yang tersayang, maksudnya kita kuat? Adakah kalau kita masih dapat keputusan akademik yang bagus, walaupun selalu menyendiri dan disisihkan, maksudnya kita kuat? Adakah kalau kita masih berdiri walaupun kena cacimaki dan fitnah orang, maksudnya kita kuat?

Bagaimana kalau orang yang kerja kuat siang malam merendahkan orang yang tersenyum balik selepas sebulan dua menangis patah hati? Bagaimana kalau orang yang kehilangan insan tersayang mentertawakan orang yang selalu menyendiri?

Manusia memang suka, membandingkan kekuatan mental sesama sendiri, dan silap yang selalu dilakukan ialah tidak mahu memahami kekuatan orang lain, malah membutakan diri terhadap kekuatan orang!

Sekuat mana pun kita, ada satu sudut kita yang lemah, dan kita mungkin takkan jumpa bahagian yang lemah itu, kerana kita terlalu membanggakan kekuatan yang kita ada.

Hanya kerana kita berjaya mengharung sesuatu yang perit dan payah, tak bermakna kita setapak lebih tinggi darjat dan kekuatan berbanding orang lain. Belum tentu lagi kita betul-betul bahagia. Belum tentu lagi kita tenang di penghujungnya.

Oleh itu saya percaya, semua orang boleh jadi kuat, tapi tak semua boleh cari kekuatan yang sebenarnya - untuk mencari kegembiraan dalam setiap musibah yang dihadapi. Itulah kekuatan sebenarnya. Bahagia. Kalau kau bekerja kuat untuk membuktikan sesuatu kepada orang dengan tujuan menampakkan kau sedarjat tinggi, di mana bahagiamu terletak? 

Baca perbualan