Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

tentang nostalgia

 

Aku balik ke tempat lama dan aku terperasan sesuatu - jiwa aku penuh dengan keupayaan untuk merindu dan aku cuma nak merindu!

Hakikatnya kalau kita mengenang sesuatu yang lama, hanya ada dua jenis kenangan yang kita boleh kenang: kenangan jenis pahit dan kenangan jenis manis. Tapi kalau kenangan manis yang ditinggalkan, kenapa kita boleh nangis? Dan kalau kenangan pahit yang ditinggalkan, kenapa kita boleh senyum?

Kes aku pulak, aku ditinggalkan kenangan manis segala yang penghujungnya pahit, sampaikan pada suatu tahap aku menangis dulu sebelum aku tersenyum segala. Aku percaya nostalgia itu sesuatu yang kuat, ia boleh meresap ke dalam jantung kita untuk samada lajukan degup jantung atau tenangkan degup jantung kita.

Dan kadangkala aku percaya nostalgia buat aku bahagia.

Sebab waktu aku balik ke tempat lama, aku selalu bayangkan dia ada di sebelah walhal kebarangkalian dia untuk muncul balik dalam hidup aku adalah ibarat menunggu bulan jatuh ke dalam sangkar kucing di luar rumah Akak Michelle. Aku terbayangkan dia duduk sebelah aku, jalan sebelah aku dan berborak dengan aku.

Kau rasa aku sakitkah?

Kau rasa burukkah kalau aku tetap mahu hidup dalam kenangan yang lama sebab kenangan yang lama jauh lebih membahagiakan - sebab aku memang jenis yang mencari kebahagiaan, bukan melayankan nasib buruk! 

Baca perbualan