Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Projek baikk!! Kembali!! - 2nd # Tema - "RABAK"

 

Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan! :)

 

Semakin hari semakin ramai warga baru kapasitor! Dan semakin hebat kawan-kawan semua berkarya. Tahniah, teruskan usaha!.

SUKACITAnya dimaklumkan disini, Projek Baik kini kembali!! Yeayyyy!! :D

Selepas Projek Baik - #SALAM Berjaya di’ZINE’kan dan mendapat sambutan menggalakkan dari pembaca diluar sana yang kami sertai di pameran KLzineFest 2013 baru-baru ini. Maka, projek baik ini diteruskan lagi!

Kali ini bertemakan - #RABAK.

Terdapat dua bahagian tema kali kini, iaitu:-

a)      Puisi #RABAK

                      -          Terhad hanya 3 buah puisi sahaja dari seorang penulis.

b)      Cerpen #RABAK

                      -          Tiada had patah perkataan.

                      -          Genre cerpen adalah bebas/terbuka – samada sci-fi, aksi, seram, noir, komedi, sindiran, fantasi,penyiasatan, pembunuhan dan lain-lain.

                      -          Cerpen dibenarkan menyentuh isu tabu di Malaysia - Politik, Agama, Sosial dan Seks.

                      -          Bahasa pasar, slanga dan kesat hanya dibenarkan untuk dialog dan monolog.

 

Jalan cerita terpulang pada kefahaman masing-masing mentafsirkan maksud tajuk ‘RABAK’. Kami mencari cerita yang lain dari yang lain, tak pernah atau tak ramai yang tahu sebelum ini, dan tak disangka-sangka boleh atau pernah berlaku. Fahamkan betul-betul tema/tajuk - nya dan kamu akan tahu apa yang kami mahu. Selamat berfikir!

Sekali lagi disini saya ingin mempelawa rakan-rakan kapasitor sekalian, yang baru mahupun yang lama! yang berminat menyumbangkan karya untuk #Projekbaik2013 untuk di’ZINE’kan dan seterusnya diterbitkan.

Dijelaskan disini, tiada sebarang penglibatan PEMBAYARAN atau ROYALTI kepada penulis. Kami hanya memberkan SOKONGAN PADU kepada karya-karya anda untuk pembaca diluar sana yang dahagakan karya KREATIF dan ALTERNATIF, yang mula-mulanya hanya sekadar suka-suka menulis atau minat/hobi anda.

Projek ini bukanlah memerlukan karya yang "luar biasa" tetapi cukup cuma di tulis dengan penuh keihklasan dari hati, jiwa dan akal penulis masing-masing dan dapat menyampaikan maksud tersiratnya.

Jangan teragak-agak lagi, Sila hantar karya anda ke email berikut dalam bentuk Microsoft word. kamu boleh terus menulis dan wajib menghantar cerpen/puisi kamu selewat-lewatnya jam 11.59 malam 26 Ogos 2013 dengan menyatakan – Projek baik #RABAK: tajuk cerpen/puisi kamu' pada bahagian subjek.

Jika berminat hantarkan saja karya anda. InsyaAllah, dimana ada usaha disitu ada kejayaan! :)

 

Email: projekbaik2013@gmail.com

Tarikh tutup penyertaan : 26 Ogos 2013, pkl 12 malam. :)

sebarang pertanyaan sila email atau comment saja disini ;)

 

Sekian terima kasih! Kapasitor.

Mari membudayakan Membaca!

 

Baca perbualan