Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ramadhan dan Syawal

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izin Allah sekali lagi saya dapat coretkan kata-kata ucapan untuk warga kapasitor. ( Ni dah ala-ala ucapan YB la plak...:)..)

Setahun lebih saya kenal kapasitor ni, banyak pengalaman yang saya dapat ceduk dan hadam dari sini. Banyak panduan yang dapat diaplikasikan dalam menghasilkan sesebuah karya tak kira cerpen, puisi atapun novel. Cara dan lenggok bahasa yang berbeza juga sedikit sebanyak memberi kita ilham untuk memperbaiki tatabahasa dan gaya bahasa termasuklah bahasa pasar untuk cerpen dan novel. Bukan mudah nak perah otak untuk menghasilkan karya yang bermutu. Alhamdulillah, kapasitor banyak membantu. Terima kasih kapasitor!

Kepada yang lama, terimakasih di atas komen yang membina.

Kepada yang baru, selamat berkarya, teruskan berkarya!

Mukadimah kena betul ya tak? Sebenarnya saya  nak ucapkan selamat menyambut Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi. Mohon maaf jika ada karya saya yang tak digemari. kalau tak nak baca, tutup je mata...hehehe..no hal!

Jadi di sini seperti tahun lepas, saya dengan penuh advancenya, ingin meminta maaf jika ada salah silap..terutama dari segi komen-komen yang saya tulis. Mana tahu kan...kalau ada yang kecik hati..yalah hati pun dah kecik..nak kecik lagi..huhuhu..

Justeru, berlumbalah buat amalan sebanyak mungkin pada ramadhan yang masih berbaki ini kerana kita tak tahu kita akan berjumpa lagi ke tak ramadhan tahun hadapan. Muhasabah diri di penghujung ramadhan.

Apa matlamat kita pada bulan ramadhan?

- biarlah kita mengharap rahmah dan belas kasihan dari Allah.

- mengharap maghfirah Allah

- mengharap pelepasan dari neraka Allah

Berjayakah kita mendapatkannya?

(Suka design ni!)..

Selamat Berpuasa dan Menyambut Syawal yang mulia. :)

Baca perbualan