http://www.kapasitor.net/community/
Arts  Food  Literature  

Review Filem "KIL" : pandanglah ke kanan

iklaneka
 

Aku tahu aku dah tertinggal keretapi.

tapi tak mengapa, aku tetap bersyukur sebab akhirnya dapat juga menikmati filem KIL.

Ia sebuah filem melayu yang sudah berjaya keluar dari kerangka cliche filem melayu yang biasa. Dan pembebasannya memberi satu kepuasan yang berlapis-lapis.

Dari segi naratif, aku bagi 4/5 bintang, sebab aku tak dapat lari dari mengaitkan jalan ceritanya dengan cerita2 yang aku pernah tengok. Tapi sangat baik penceritaannya.

Dari segi lakonan, Cris Suzanne sangat cemerlang dengan lakonan yang natural; sangat santai menontonnya. Redza Minhat juga baik, cuma aku nampak gaya teater dalam lakonannya ketara. Watak bos Kil juga bagus walaupun ringkas. Harun Salim Bachik masih memberikan lakonan yang baik, walaupun dia cuba lari dari watak lucu, namun masih tersisa sedikit kenakalan di sebalik percubaan seriusnya. 

Tetapi yang paling berjaya bagi aku ialah teknik cinematografi filem ini. Aku tak dapat lari dari merasa rimas apabila camera sering saja memaparkan SEBELAH KANAN muka atau sisi watak utama. Dan watak2 pula sering memandang ke sebelah KIRI. Maksud aku, penonton filem akan sering nampak sebelah kanan watak; pipi kanan, sisi kanan badan watak. Dan watak2 pula sering saja memandang ke sebelah kiri mereka. dan INI adalah satu teknik yang hebat. Sekali lalu, mungkin tak perasan. tapi jika perhati betul2 kita kan perasan perkara ini. namun, bila perkara positif berlaku, watak KIL akan memandang ke Kanan. Contoh; bila mula2 ditegur oleh Zara di depan Lif. Apa yang aku dapat ialah, watak2 sering melihat ke kiri (negatif ). Sedangkan, sepatutnya tengoklah juga sisi yang kanan (positif). Itu pandangan akulah.

Baik, tak nak komen panjang2. Sebagai seorang yang terlepas keretapi, aku mohon maaf jika membincangkan perkara yang sudah jauh ditinggalkan sesetengah orang.

Baik, keretapi aku dah sampai! chow! 





 


Share!Email

about the author

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Add Kurusawa as your friend | Send Message

my other posts
Gejolak, di The Star | 1658 reads
Teater Gejolak di UPM | 1820 reads
5 cerpen pilihan Kurusawa | 2000 reads
PCB#5 - Ulasan sempena tamatnya tema Muzikal! yeah! | 125 reads
PCB#5 - masa muzikal hampir tamat | 1514 reads
Nick Hornby, Ben folds and Pomplamoose! | 1567 reads
Baran! bukan panas baran. | 1900 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: I Know What You Did Last Summer


admin blog