http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Warkah Cinta

iklaneka
 

#11042014

 

.: Warkah cinta :.

 

 

14 April 2011

 

Awak bagitahu saya yang awak nak balik kampung.
“Pa, jom ikot saya balik kampung, saya sedih nak berjauhan dengan awak..”

 

Tapi dengan bongkak dan egonya saya menghalau awak balik kampung.

“Awak pergi je la balik kampung tu.. saya tak nak awak ada dalam cuti ni. Saya ada hal dengan kawan kawan saya. Awak ada dengan saya menyusahkan saya jer. Saya nak try enjoy dengan life bujang saya.”

Tapi sebenarnya hati saya menyusun ayat lain, saya nak luahkan benda lain. Saya nak pegang awak ada dengan saya, saya tak nak awak balik kampung, saya takut saya rindukan awak sebenanya. Tapi, lain pulak butir ayat yang keluar dari mulut saya. Jahatnya mulut saya, Kejamnya ayat saya dan sebenarnya saya tipu awak dan tipu diri sendiri.

Maafkan saya.

 

 

15 April 2011

Awak balik kampung.
Sebenarnya saya sedih awak jauh. Awak sudah tingalkan saya. Saya sunyi awak tak ada di samping saya, tapi saya tak bagi tahu. Sebab saya ego. Saya tak nak awak tahu yang saya perlukan awak, yang saya rindukan awak.

..

Padahal setiap kali nak tidur saya akan mencium bantal, untuk mencari bau rambut awak di bantal. Saya akan mencium kain selimut kita untuk mencari lekatnya mencium bau awak.

Egonya sayakan?

 

 

16 April 2011

 

“Saya rindukan awak pa..”
Message
dari awak. Saya baca dan saya biarkan bisu. Kalau ikutkan hati saya nak reply je message awak, tapi saya tahan kan hati, saya bekukan hati, saya cuma pandang baca berulang ulang kali dan tersenyum. Saya janji dalam hati yang saya tak akan sesekali reply message dari awak, sebab saya mahu awk fikir yang saya memang tak sayangkan awak. Tapi sebenarnya dalam hati saya Allah saja yang tahu betapa hati halus terluka sebab rindukan awak, hanya Allah saja yang mengerti gelodak dalam jiwa saya.

 

....

Saya nak sangat bagi tahu awak yang saya amat amat rindukan awak!.

 

17 April 2011

 

“Pa, Saya rindukan awak..”

Awak kata awak rindukan saya.
Tapi saya kata saya?? Tak pernah sekalipun bagitahu yang saya rindukan awak. Saya pendamkan dan diamkan saja. Sedangkan hakikatnya rindu saya pada awak tak terluah dengan kata kata. Hati saya ngilu sangat bila fikir tentang awak.

 

Hurm..
egonya saye buat awak.

 

 

18 April 2011

 

“Pa, saya tak beli lagi tiket balik klang..”

Awak kata awak tak beli tiket balik sini lagi.
Betapa panasnya hati saya, sungguh sakit sangat hati ini. Saya marah marah awak. Sesuka hati saya.“Awak kalau tak menyusahkan saya tak boleh ker? Nanti saya jugak yang kena jemput awak balik klang kan? Nanti malam malam saya terpaksa gerak g jemput awak, awak kalau tak menyusahkan saya tak boleh ke? Baik mati je la kalau idup nak menyusahkan orang”.

 

Ya Allah, Jahatnya saya.Kejamnya ayat saya.Maafkan saya!

 

Awak,

Sebenarnya saya nak awak balik cepat cepat. Biar awak dapat sampai awal.
Supaya saya boleh bermalas-malasan di atas katil dengan awak.
Supaya saya boleh tengok awak ada depan mata saya.
Supaya saya boleh tersenyum sampai ke telinga.
Supaya jugak rasa rindu saya pada awak akan hilang.

 

Egonya saya, Hurm....

 

***

11 April 2014

 

Awak tahu ?
Selama awak hidup dengan saya, saya selalu tipu awak tentang hati saya. Saya selalu bagi tahu awak yang saya memang tak sayangkan awak dan tak akan pernah sayangkan awak. Saya selalu cakap yang saya tak pernah perlukan awak. Tapi, Kenyataanya Saya terlalu sayangkan awak.
Saya selalu rindukan gelak tawa awak. Saya rindukan senyuman awak. Rajuk manja awak. Saya rindu nak bergaduh ngan awak. Nak bergelak ketawa dengan awak pagi pagi, saya rindu nak bergaduh dengan awak sebelum tidur.

 

Saya rindukan semua itu.
Saya amat rindukan semua tentang awak.

Saya ego. Saya tak pernah bagi tahu yang saya rindukan semua itu. Saya tak pernah tonjolkan yang saya memang sayangkan awak. Saya selalu marah marah awak. Tapi sebenarnya bila saya marah, saya nak awak tahu yang saya sentiasa memerhatikan awak dalam hidup saya.

Awak tahu sayang?
Tanpa awak tahu erti bengis saya, tanpa awak faham erti bahasa saya yang kasar sesungguhnya saya berbangga bila dapat mencintai awak, dapat memeluk awak, dapat menyayagi awak dan dapat berkongsi hidup dengan awak. Sungguh! Tak tipu.

 

Dalam tak sedar 6-7 tahun juga kita berkongsi hidup.
Dalam saya menjalani hidup dengan awak sebenarnya saya amat bahagia. Sebenarnya saya tak pernah sekali pun rasa jemu dalam menjalani hidup saya dengan awak. Saya sendiri tak tahu bila rasa jemu bercinta dengan awak akan muncul.

Saya tahu memang saya selalu cakap yang saya tak pernah bahagia dengan awak.
Tapi, sebenarnya hati saya sentiasa berbunga bunga bila awak ada di samping saya.
Jiwa saya tenang bila dapat memeluk awak.

 

***

Awak ingat tak saat bilamana keegoan saya membunuh rasa hati awak pada saya?Saat dimana awak sudah pun penat untuk mencari saya yang tidak lagi mempedulikan awak?Saat dimana awak diam, saya tak cari dan saat saya diam awak jua membiarkan?

 

Mungkin itu salah saya, sebab saya terlalu merajai ego saya. Salah saya jua kerna tidak pernah berusaha untuk mengembalikan keadaan kita seperti asal. Salah saya kerna tidak pernah cuba mengengam erat tangan awak. Salah saya bila saya membiarkan hati awak hanyut dengan orang lain. Dengan orang yang mampu membuang sepi dan sunyi dalam hati awak. Saya cuba membiarkan awak sedar sendiri, padahal tanpa saya tahu orang itu sebenarnya lagi hebat dari saya. Orang itu sebenarnya telah pun membunuh saya dalam hati awak. Dan, Orang itu berjaya menanam cinta saya yang basi, menggantikan cinta dia yang segar dalam jiwa awak. hahahaha...

 

 

Hurm..
Sekarang saya sudahpun sedar, saya sudahpun jauh dengan awak. Dan sebenarnya terlalu jauh. Saya tahu awak sudahpun bahagia dan saya masih sebegini. Saya masih di sini, masih lagi menunggu keajaiban berlaku. Sedangkan kalau nak di bilang bilang sudah 3 tahun pun saya awak kita tidak pernah mencari satu sama lain apatah lagi bersua.

 

Tak apalah awak,
Saya di sini, Cuma mengharapkan yang awak akan bahagia dengan dia yang lebih baik dari saya. Semoga awak maafkan saya atas semua rasa sakit ayang pernah saya tanam dalam hati awak. Maaf kan saya dengan semua khilaf saya. Maafkan saya!

 


Share!Email

about the author

nasi lemak neskepi panas

gile suka sama kucing dan ikan.. suka sarapan dengan nasi lemak sambal banjir + neskepi pekat! Gila! ia sungguh lazat . Sungguh!   ** aku budak sastera yang terperangkap dalam dunia IT. Suka menulis tentang sesuatu yang dilihat dengan mata dan hati. suka menyayi walaupun suara sumbang giler.....he..he....
rezzriell | Add rezzriell as your friend | Send Message

my other posts
#17042014 | 1612 reads
Rasa | 1585 reads
Dari Hati | 949 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Unwritten


admin blog