http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Tengkorak Hati Cik Apricot

iklaneka
 

28 Ogos 2012 - Sebuah kebun sayuran. Ladangnya menguning menandakan semua tanaman sangat berhasil. (Hijau selalu utk tumbuhan,lalu aku ubah kuning). Ya, hari pertama untuk aku menjejak langkah ke lantai tanah bersalut marmar itu. Sejuk bagai di cameron hingland waktu subuh. Ohh ye aku dalam mall. So bukan kebun sangat lah. Hari pertama aku punch card sebagai pekebun gondola merangkap promoter. Aku lalu setiap batas besi demi besi batas. Dan blink! Mata kelip sekali sahaja. Dan mata bertentang mata. Mata dia, mata aku. Dezuppp masuk hati. Grrrrggg grrrggg vibrate kuat. Sial. Gementar tak tentu pasal. Stop. Sampai situ hari itu berlalu.

04 September 2012 - Raya itu indah. Sekali keluar lagu yuna-cinta dihari raya. Konon theme yang padan untuk aku dan dia. Ye, sekali pandang rupa dia. Pertama, aku nampak bayi baru lahir yang tiada dosa? Pelik. Tapi tulah kononnya penyebab jatuh cinta. Kedua, muka kosong polos yang bermaksud dunia aku kosong,aku sorang,tiada kawan,tiada teman dan sombong. Owh lupa. Juga garang. Yup, i invite u joint open house rumah family i. Owh lagi satu lupa. Dia merangkap boss kebun sayur kuning itu. So kisah senang kat sini, aku jatub cinta kat boss aku sendiri. Huhu

10 September 2012 - masih mood raya. Tapi gatal dengan ada ion negatif positif pada seluruh tubuh. Ajak boss menonton wayang bersama. Cerita hantu jepun bodoh tu. Aah. Sodoku. Haha. So menonton bersama dah hidung menusuk nusuk bauan cinta. Wangi nya Cik Apricot ni! Then macam biasa. Aku tak tahu penyakit apa aku hidap. Aku nebes dah urghhh sejuk beku jantung laju nak pitam bagai. So aku mintak izin Cik Apricot pinjam tangannnn. Aku cakap 'miss,sejukkk boleh i pinjam tangan?' Dan tidak malu aku just pegang semata lengan pergelangan tangan dia.ok. tidak batal wuduk pon. Sentuh tak haram punya. Hehe. So, bila aku beku dia pon buat tak tahu je hulur bantuan lengan beliau. Panas betul aura Cik Apricot ni. Dan secara tiba tiba macam eksperimen terhadap eksperimen.  Dia gengam tapak tangan aku dan buat jeling kenyit mata dan buat muka donno tengok semula movie. Dan aku terus pengsan tak hengat dunia. Tau tau cerita habis dan kena balik.
Dan balik sambung adengan sms. 'Lembut tangan u,macam tak biasa buat kerja rumah'. Gulp! Haha. Maluwwww.gedik terkeput kepit aku.kata erti lain dia maksudkan aku pemalas. Tapi akibat penasaran cinta aku anggap itu indah.

September 2012 lagi - aku tak tahan. Aku dah gigil jatuh hati kat Cik Apricot. Aku confess perasaan. Dan malang nya, Cik Apricot dah berpunya dan sudah 6tahun bercinta. Tidak mengapalah. Aku patah hati saja pon. Bukan apa pon. Tapi dah hingus meleleh leleh. Ok, lupa bagitahu. Ini cinta pertama untuk aku. Juga cinta pandang pertama. Ada sikit tonggeng menangis. Haha. Pedulik. Tapi bila aku nak resign dari menjadi orang ke3, Cik Apricot pula main tarik tali. Uik. Jatuh hati kat aku juga kah? Hehe. Dan beliau sedia confess juga perasaan. Dannnn. Haihhh. Dia pula lamar aku. Perghhh. Muka kental kental. Sombong yang amat. Macam taperware je muka dia tak ada perasaan. So berjaya lah juga menjalan hati.

Dan itu kisah untuk yang pertama. Nanti aku sambung lagi.
Kisah khas buat Cik Apricot yg sedang sangat aku gilai.
Yes u. I do love u.
 
26.04.2014. 


Share!Email

about the author

HeartQrime

Just cool me..
heartqrime | Add heartqrime as your friend | Send Message

Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Hannibal


admin blog