http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

PERSEPSI DAN TRAGEDI PESAWAT MH17

iklaneka
 

          Sekali lagi Malaysia dan penduduk dunia digegarkan dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17 yang mengorbankan 298 nyawa. Pesawat itu telah ditembak jatuh di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu. Ingatan dan kejutan rakyat Malaysia belum pun tamat atas tragedi yang menimpa pesawat MH370 pada Mac lalu dan kini satu lagi tragedi terbaru yang menimpa syarikat penerbangan MAS itu.

 

        Sejak akhir akhir ini, sekian banyak masalah yang menimpa negara ini. Era Najib merupakan era yang paling tragik yang pernah dialami oleh Malaysia. Bermula dengan pencerobohan di Lahad Datu, kemudian tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan kini pula tragedi yang menimpa pesawat MH17. Ini tidak termasuk pelbagai lagi tragedi tragedi kecil yang menimpa negara ini. Adakah yang berlaku ini kerana dosa dosa Najib dan UMNO? Tidak! Jangan sesekali berfikir seperti itu! Jangan sesekali menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku.

 

           Ingatlah, Allah menurunkan sesuatu musibah kepada kita bukan untuk kita mencari siapa benar dan siapa salah. Allah menurun musibah supaya kita berfikir dan melakukan muhasabah diri. Lihat sahaja di negara kita. Bermula dengan perpecahan umat Islam di negara kita oleh kerana kuasa politik, kemudian dengan lambakan hiburan tanpa batasan di samping pelbagai lagi perkara mungkar yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat – sepatutnya musibah yang menimpa kita ini adalah satu petunjuk dari Allah supaya kita sedar agar berhenti dari melakukan perkara perkara yang dimurkai oleh Allah.

 

        Kita sebagai pengguna laman sosial jangan sesekali menimbulkan fitnah dan spekulasi kerana itu akan mengganggu proses siasatan. Apa yang kita perlu buat adalah berdoa. Berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan, berdoa agar semua penumpang yang meninggal dalam pesawat itu supaya rohnya dicucuri rahmat terutama yang beragama Islam dan berdoa agar Allah membantu rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh Israel sekarang ini.

 

 

        Mengapa saya kata dunia berada di ambang peperangan? Cuba kita lihat lokasi pesawat itu terjatuh. Pesawat itu terjatuh di wilayah Ukraine. Kerajaan Ukraine dan Russia serta tentera pemisah Ukraine masing masing menafikan yang mereka bertanggungjawab di atas tragedi itu. Tambah memburukkan keadaan, apabila kerajaan Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh di antara satu sama lain untuk memberitahu kepada penduduk dunia bahawa mereka  tidak bersalah!

 

       Ingatlah, persengketaan kedua dua negara ini boleh bertambah parah dengan tragedi ini. Tragedi yang menimpa Malaysia ini adalah tidak mustahil boleh menjadi sebab musabab kepada peperangan antara Ukraine dan Russia. Apabila mereka berperang, peperangan itu akan berjangkit ke negara negara lain dan tidak mustahil Malaysia turut akan terkena tempiasnya! Oleh itu sama samalah kita berdoa agar perkara itu tidak berlaku dan sama samalah kita berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

 

        Apa yang saya khuatirkan adalah bukan Russia dan Ukraine yang bersalah sebaliknya ada ‘tangan tangan ghaib’ yang sengaja mencetuskan isu ini untuk menjaga kepentingan dan agenda mereka. Malaysia adalah sebuah negara yang kecil namun peranan yang dimainkan oleh Malaysia mampu untuk mempengaruhi suasana dan iklim dunia. Jadi, tidak mustahil peranan yang dimainkan oleh Malaysia ini telah menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan musuh musuh negara dan mereka sengaja membuat onar agar Malaysia menjadi lemah.

 

       Cuba kita lihat isu yang melanda Palestin – Israel. Malaysia adalah negara pertama yang mengutuk serangan kejam Israel terhadap rakyat Palestin. Dan akibat tragedi MH17 ini, tiba tiba sahaja tumpuan penduduk dunia dan rakyat Malaysia sendiri beralih kepada MH17. Tidakkah kita berasa sangsi seolah olah ada ‘sesorang’ yang sengaja merancang ini semua untuk menjaga kepentingan dan agenda mereka? Fikir fikirakanlah!

 

 

Kecuaian kerajaan merosakkan negara

 

          Sekali lagi pantai timur Sabah diceroboh oleh pengganas. Tidak lama dahulu negeri itu telah dicerobohi oleh pengganas Sulu dan kini pula sekali lagi negara dikejutkan dengan kematian seorang anggota polis marin (PGM) kerana ditembak di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.  Koperal Ab Rajah Jamuan diserang oleh pengganas Sulu atau Kumpulan Abu Sayyaf pada 12 Julai yang lalu. Rakannya, Konstabel Zakiah Aliep telah diculik oleh kumpulan yang sama.

 

        Melihat kepada kedua dua kejadian ini, dapatlah kita simpulkan bahawa pengawasan sempadan pengairan negara cukup lemah. Bagaimana pengganas boleh masuk ke perairan Sabah sedangkan pengawasan yang dilakukan kononnya cukup ketat. Benarkah begitu? Sekiranya benar mengapa kejadian yang sama boleh berlaku sebanyak dua kali? Apa yang pihak berkuasa lakukan? Tidur? Berkhayal?

 

         Sepatutnya kejadian seperti ini tidak boleh berlaku dan tidak akan berlaku. Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Negara yang mempunyai sistem pertahanan yang baik. Kerajaan sepatutnya mengarahkan pihak yang bertanggungjawab supaya membuat kawalan di sempadan Sabah itu dengan ketat dan dilakukan sepanjang masa. Jika tidak, perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku.

 

       Jika kita lihat pada hari ini, begitu ramai pendatang asing yang masuk ke negara ini seolah olah tanpa sekatan dan kawalan. Ini bukan satu perkara yang baik. Kita tidak mahu tragedi Lahad Datu berulang kembali. Kerajaan sepatutnya lebih tegas dalam menangani masalah ini. Kecuaian kerajaan boleh membawa padah kepada keselamatan negara ini.   

 

         Ingatlah, musuh tidak pernah tidur. Mereka sentiasa bersiap siaga untuk melakukan apa sahaja untuk menguasai negara ini. Jika kerajaan kita masih tidur, cuai dan khayal nescaya negara ini boleh hancur pada bila bila masa. Mahukah kita melihat negara ini hancur oleh kerana kecuaian kita sendiri?

 

       Saya melihat kerajaan sekarang terlalu leka dan khayal serta cuai dalam menangani apa pun masalah yang datang. Mereka terlalu berlembut dan tidak tegas dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Lihat sahaja apa yang berlaku di Lahad Datu dahulu. Begitu lama untuk diselesaikan kerana perundingan yang berpanjangan. Jika beginilah sikap yang diambil kerajaan, tidak mustahil negara ini akan hancur pada masa akan datang.

 

       Kerajaan kita juga suka mengambil sikap sudah terhantuk baru terngadah. Apabila kejadian itu sudah teruk dan melarat, barulah sibuk untuk mengambil tindakan. Sikap seperti ini perlu dikikis dalam hati setiap pemimpin, kakitangan kerajaan dan penguatkuasa. Jika tidak, tunggu sahajalah negara ini hancur. Sikap ini perlu diubah secepat mungkin.

 

Khalid Samad : Ego, bodoh sombong dan besar kepala!

 

         Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru baru ini bertitah dengan menegur Ahli Parlimen Shah Alam iaitu YB Khalid Samad (adik kepada Tan Sri Shahrir Samad) kerana terlalu biadap dan jahil. Ini berikutan kerana Khalid mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan mencadangkan kerajaan negeri Selangor agar menghapuskan kuasa eksekutif badan agama Islam yang menjadi penasihat dalam hal ehwal Islam kepada Sultan Selangor itu. .

 

       Tindakan Khalid itu sebenarnya memperlihatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang ego, bodoh sombong dan besar kepala. Beliau sengaja berbuat demikian untuk memperlihatkan bahawa beliau adalah seorang ahli politik yang berani bukan sahaja menentang UMNO/BN malahan juga menentang Sultan! Beliau juga sengaja berbuat demikian untuk menjadi hero kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini.

 

        Sebagai seorang wakil rakyat yang bukan berasal dari Selangor, Khalid sepatutnya memahami dan mamatuhi undang undang dan peraturan yang terdapat di negeri itu. Tidak sepatutnya Khalid bercakap di luar konteks undang undang yang sedia ada. Itu akan memperlihatkan kejahilannya sebagai seorang pemimpin politik yang miskin ilmu dan miskin idea. Jika dia tidak tahu, dia sepatutnya bertanya dan belajar bukannya mengeluarkan kenyataan sesuka hati!

 

       Ini bukan kali pertama Khalid mencetuskan kontroversi. Sudah acapkali Khalid  yang lantang berkata kata namun kelantangannya berada pada jalan yang salah. Tidak sepatutnya seorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu yang mempertikai kuasa MAIS. Inilah yang membuktikan Khalid seorang yang besar kepala dan sukar dikawal oleh mana mana kuasa (menurut Mohd Sayuti Omar).

 

       Khalid jangan fikir yang dia sudah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal yang dia boleh menunjukkan keegoaannya. Dia perlu sedar diri di mana dia sekarang. Tambahan pula, dia bukan lahir di Selangor. Oleh itu, hormatilah undang undang yang ada di negeri itu. Jangan sesekali bersikap biadap kepada mana mana pihak kerana sikap itu akan memakan dirinya sendiri.

 

        Nasihat saya kepada Khalid, muhasabahlah diri itu dahulu. Letakkanlah kepentingan Islam dan Melayu dihadapan dan bukannya kepentingan politik diri dan partinya sendiri. Ingat, jangan kerana pulut santan binasa, jangan kerana mulut badan binasa!.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Share!Email

about the author
Kapasitor rocks!
MNHAZIQ | Add MNHAZIQ as your friend | Send Message

Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Good Wives


admin blog