Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

LUNCHEON BOX DELIVERY

  • dayya
  • 9 years ago
  • 3,760

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Nak tumpang iklan boleh tak? Sejak berhenti kerja 24JAM akhir August yang lalu, maka saya dengan ini memulakan operasi penghantaran makanan tengahari di sekitar Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang Jaya, Glenmarie, Shah Alam dan Klang.

Untuk anda-anda yang rasa sesak nak keluar makan tengahari tapi perut lapar sampai nak bertukar ijau, boleh buat tempahan. Tapi kita cuma akan terima tempahan sehari sebelum tarikh penghantaran sebelum jam 10 malam. Maklumlah, kena lah prepare ye dok? Kita bukan ada restoran besar-besar lagi.

Oh nak minta bantuan juga kalau-kalau tahu ada tempat vendor untuk kita supply beberapa side dishes. Buat masa sekarang, side dishes kita cuma fokus untuk vendorship sebagai duit tepi. Kalau kenal tokey cafe ke, harapnya bolehlah kenalkan dengan saya. Kita boleh meet up untuk ujian cuba rasa. Kalau close deal, kita akan bagi honorarium based on volume order. Contoh seringgit satu pax ke, 50sen satu pax ke... (yang ni kita boleh bawa bincang lepas kira margin ok?) kepada anda yang jadi orang tengah ni. Nama pun business ye dok, takkan tolong saje orang kata...

hehehe.

Bersama-sama ini, saya sertakan jadual menu untuk bulan Oktober. Pembayaran kita guna sistem COD(Pembayaran ketika menerima tempahan) dan tiada minima quantiti. Kita nak kejar volume je. InsyaAllah, dengan harga RM7 per pax tak membebankan. Tiada caj tersembunyi. Nett.

Mohon bantuan untuk tolong sebarkan pada kawan-kawan dan keluarga. Cuba order sekali dan rasa. Boleh bagi feedback direct kepada saya. Kita akan tingkatkan kualiti dari masa ke semasa. Untuk permulaan saya yakin bahawa sajian kita ni memang sedap dan terangkat. Ye lah, kalau tidak mana saya berani nak mulakan kamikaze begini kan?

Demi rezeki Tuhan kita berkongsi. Moga lebih ramai orang dapat menikmati hidangan penuh dalam kemelut ekonomi Malaysia yang meruncing sekarang. Harga mampu milik, insyaAllah.

Bismillahiawalanwaakhiran. Terima kasih! :)

Baca perbualan