Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

I AM MUSLIM

 

          Semalam aku pulangkan buku yang aku pinjam daripada perpustakaan berjudul I Am Muslim oleh Dina Zaman. Sebenarnya rasa berat nak pulangkan buku tu. Rasa macam tak nak pulangkan. Hehe.

             Aku tak pernah lagi baca buku agama dalam bahasa inggeris yang selamba & kelakar macam tulisan Dina. Ayat al-Quran di terjemah dalam bahasa Inggeris yang aku rasa ianya baik kerana buku ini di baca oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Ada juga perkataan yang di tulis aku tak faham sebab aku pun tak mahir sangat, tapi aku tak nak tengok kamus sebab nak cepat habis. Memang tak sabar nak habiskan buku ni. Semua yang dia tulis berkaitan Islam di Malaysia adalah persoalan yang seringkali bermain di fikiran. Yang menariknya, Dina tulis berdasarkan pengalamannya sendiri.

             Paling kelakar sekali bila Dina di ajak oleh rakannya pergi jumpa bomoh dalam bulan puasa. Kebetulan, aku baca buku ni pun dalam bulan puasa. Aku memang tak habis-habis tergelak. Sampai mak cakap “kau ni kenapa kak?” rupa-rupanya, setelah puas rakan Dina belek peta, tempat tok bomoh tu, takde pun dalam peta! Ha, agaknya diorang tu pergi mana ye?

             Macam mana aku boleh rasa nak pinjam buku ni kat perpustakaan? Setiap hari Sabtu, Berita Harian ada siarkan carta buku popular, buku Dina tersenarai dalam carta itu. Masa kat perpustakaan, aku tercari-cari buku yang nak di pinjam dan ternampak buku ini di rak. Tengok saja nama buku dan penulisnya aku terkejut betul. Sebab perpustakaan tempat aku ni selalunya ada buku lama-lama je. Buku Dina ni baru keluar tahun ni. Macam tak percaya je.

             Setelah baca, rupanya dia duduk di Terengganu yang mana kawasannya aku tahulah sikit-sikit. Terengganu tak mungkin hilang di ingatanku! Aku rasa dia seorang wanita yang berani memperkatakan soal-soal yang sensitif di malaysia ini. Ternyata dia berjaya membuatkan aku hendak pergi ke Indonesia suatu hari nanti di mana Dina menyatakan di situ adanya guru agama dan juga senaman yang membawa kepada ketenangan.

             Emm, nanti bila aku ada duit, buku ini terletak dalam senarai buku mesti beli oleh aku. Rasa-rasanya, aku nak beli dua. Satu untuk aku, satu lagi untuk di hadiahkan. (tapi nak beri pada siapa ek?) . aku nak beli yang bahasa Melayu lah. yang pastinya, tulisan Dina akan datang mesti aku buru!

Baca perbualan