Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Raya oh Raya

 

Hah! Lebih kurang dalam pukul 12 tgh malam tadi, aku dan kawan aku sampai di shah alam dari kb setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama 9 jam. walaupun jalan tak jammed, tapi pesta lampu brek tetap berjalan dengan meriahnya terutama sekali di sepanjang perjalanan keluar dari gua musang ke bentong. masuk KL... tak payah cakaplah.

raya tahun ni... sumpah aku tak terasa meriahnya. mungkin sebab-sebab tertentu menjadikan aku jadi tak bersemangat nak beraya. mungkin sebab aku terlalu risaukan final semester. mungkin juga sebab aku dah tak dapat duit raya. berkemungkinan juga sebab aku...entahla...

apa aku nak cerita ek? di kala semua orang bergembira, aku pula macam tunggul kayu. ummi tak habis-habis membebel apabila aku enggan ke rumah Mok. Bukan aku tak nak, tapi apabila aku memikirkan sedara mara yang datang kebanyakannya yang boleh membuat aku menyesal pergi ke sana, aku rela tahankan telinga dibebel.

hari raya pertama... tak kemana pun melainkan ke kampung ummi di P. Mas. bertolak pukul 10.30 pg tapi sampai 12.30 tghhari... perjalanan yang pendek menjadi panjang lantaran kereta buat hal... hahaha..orang nak beraya kereta pulak tersengguk-sengguk tengah jalan. nasib baik tak mati atas jambatan... mampus! dan nasib baik juga ada apek bukak workshop beberapa meter sebelum jambatan. nak dijadikan cerita apek tu pulak kenal kwn kepada papa, so papa dapat contact baru. balik dari kg petang tu, aku terus berehat tengok tv. *padahal kat kg bukan buat apa pun, tgk tv gak. memang malas betul nak beraya*

masuk raya ke2... baju raya dah tak pakai dah *actually tak sempat nak pakai baju raya pun sebab tukang jahit tak sempat nak kasi..huhuhu* aku janji ngn kawan baik *McLa*, dalam pukul 5 lebih aku akan ke rumahnya yang tak sampai 1km. jalan kaki je. tepat 4.30ptg, kwn baik aku *Yan* hantar sms. katanya nak datang beraya... orang nak datang,  takkan kita tak kasi, ye dak? selang 15 minit kemudian, sedara aku yang memang macam kakak aku *Kak Ya* datang ngn family dia. so, aku terperangkap nak melayan bestfren n best sedara. nasib baik family dia ke rumah Mok, dia sorang je yang bertandang. berborak serba sedikit, Kak Ya kata nak ke rumah Mok di sebelah n suruh aku ke sana as soon as my fren balik.

Yan dah nak ajak aku pergi beraya bersama-sama, mujur Miji *bf* dia faham yang aku ada tetamu nak dilayan. so after bersembang dengan Yan, aku terus meluru ke rumah Mok. Nasib baik tak ada orang lain melainkan family Kak Ya. Aku hantar sms kat McLa kata tak jadi ke rumah dia pukul 5 tapi aku postpone ke pukul 6. tapi pukul 6.30 baru aku ke rumahnya. kat situ, buat kali pertama setelah hampir 8 tahun, aku bertegur sapa dengan Amir, abangnya McLa. Tak sangka dia masih ingat aku yang selalu menjadi mangsa bulinya masa kecil-kecil dulu.

raya ke3... yea.... inilah raya yang aku nantikan... selepas 11 tahun, akhirnya kami berjaya buat reunion 6D 1996 di mana hampir separuh rakan2 masa darjah 6 datang.bagus! syabas kerana kita berjaya buat reunion macam ni! janji dua tahun lagi akan buat reunion pulak! harap lepas ni, ramailah yang dapat hadir. Thanks to Khairul selaku ketua darjah 6D kerana sponsor tempat untuk reunion sekali gus buat rumah terbuka...happy sangat dapat jumpa korang. even kita tak pernah bertegur sapa masa darjah 6 dulu *tak semualah* bila reunion hari tu, rasa macam kita ni sahabat yang paling baik...hahaha..moga-moga persahabatan kita akan kekal selamanya. Thanks also to Zatil for your initiative untuk mengadakan reunion ini.

raya ke 4-6... terperap kat rumah. ummi membebel sebab aku malas ke rumah Mok di saat semua sedara mara berkumpul. Rumah Pok Long buat majlis hari lahir cucu sulung dia pun aku buat dek je even though Pok Mudo beria-ia ajak aku... entahla. malaslah nak berkumpul jumpa sedara mara. aku rasa intimidated sangat padahal bukan ada apa-apa pun. ummi membebel dan terus membebel... oh ya! adik aku dengan suka rela nya sengaja nak bagi aku naik angin... katanya..." huh! balik rumah tido tv tido tv...tak de keje lain ke? menyusahkan orang betul!" Allo, bro? bila masa aku menyusahkan kau? jelesla tu... nasib baik aku jenis yang buat pekak badak... ikut  hati...

raya ke7.. nak tak nak aku terpaksa ikut ummi dan papa ke rumah Pok Ngoh buat makan2 untuk family members. adik beradik papa memang bagus...suka buat majlis makan2 especially time cuti2 macam ni. nasib baik daripada 9 adik beradik, yang tinggal kat kat kelate cuma 6 orang. dan tak semua dapat buat makan2 macam tu*bergantung kepada tempat dan masa*. Lepas makan2 di rumah Pok Ngoh, Pok Mudo kata Cik nak sambung makan2 yang tergendala masa raya 3 hari tu...oleh kerana Pok Mudo tahu aku tak sempat nak makan spageti hari tu, PokMudo kata aku ada chance petang tu kat rumah Cik. Aduh! rumah Cik la yang paling malas aku nak melangkah, tapi kalau tak pergi lagilah teruk aku kena sembur dengan Cik... Apa la pula katanya anak sedara yang paling dekat tak datang. huhuhu... Alah, mesti dia meraikan pengantin baru *Abe Ja; abang sepupu sulung*, so aku peduli apa! Namun, apabila mengenangkan ajakan pak sedara kesayangan aku *Pok Mudo*, terpaksalah...

tengah mengentedarah spageti yang dimasak oleh Mok Mudo, aku pasang telinga dengar papa dan adik beradiknya bersembang... diorang kalau berkumpul tak bercerita tak sah. ada saja ceritanya. itu pun tak semua ada. Pok Me and family dah bertolak balik ke kedah, Pok Di lambat... Pak Do hantar wakil dua orang anaknya je. tengah bersembang tu, aku terdengar entah sapa entah mengeluarkan cadangan untuk buat makan2 di rumah Mok esok harinya... menunya adalah BELUT....Hah!?

tapi...hehehe... tak ada maknanya aku nak pergi... lantaklah. yang penting aku happy.... *walaupun sebenarnya perut aku berkeroncong* malas! malas nak jumpa orang! sebaik sahaja ummi balik dari kerja dan tahu aku cuma berkurung dalam rumah..apalagi... membebel lagi...hehehe... adik2 aku tukang tambah... eeiii...geramnya...akibatnya aku bermasam muka dengan seisi rumah pada malam sebelum aku balik ke shah alam. perut lapar aku dah tak hiraukan... nasib baik ummi tak makan belut so, dia suruh irfan gi beli makanan lain di mana aku menumpang sekaki... lepas kenyang baru aku bercakap dengan ummi itu pun tak banyak..

ummi pulak ingat aku ada prob nak balik s alam... begitu juga dengan papa...hahaha.... jahat  betullah jiwa raga aku ni...

To ummi and papa... sorry buat ummi dan papa sakit hati dengan keras kepala dan degil kak long... sekejap je... lepas ni insya allah kak long dah tak sewel macam ni dah... tensen nih!

Baca perbualan