Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SULUH KARYA

  • mosh
  • 16 years ago
  • 972

 

akum w.b.t,

Oleh kerana masa yang mengizinkan dan jari jemari yang seperti rajin, maka aku terbuka untuk mengisi ruang blog ini ( buat apa membazir ruang yang telah disediakan bukan?). Walaupun sebenarnya aku sudah malas untuk mengemaskini blog-blog ku yang lain apatah lagi satu yang baru ini.

Untuk memanfaatkan peluang ini, maka aku membuat keputusan untuk menjadikan blog ini medan penerangan karya-karya (kalaulah boleh dianggap karya) aku yang aku muatnaik ke kapasitor bermula dari yang pertama.

Maka jika setiap kali, jika aku muatnaik karya baru maka blog ini pun akan dikemaskini juga, InsyaAllah.

O.k, mula dengan karya sumbangan pertama:

1. Manusia, Otak, Akal, Hati & Duit

   Aku tulis ini sebagai pembukaan untuk skrip telemovie sebagai narasi di awal cerita. Ianya mengenai hubungkait sifat-sifat manusia terhadap duit dan bagaimana duit itu sendiri boleh merubah sifat manusia. Skrip ini sudah habis ditulis dan terperap sebab aku tak tahu nak ketengahkan.

2. Foto Aminah

Kisah Aminah budak 8 tahun yang tak pernah jumpa arus kemodenan akibat keluarga miskin. Maka realiti Aminah adalah apa yang selama ini dia rasa, nampak dan tahu sahaja, iaitu persekitarannya yang miskin. Aminah tidak tahu erti miskin kerana dia juga tidak tahu erti kaya, maka semuanya normal. Apabila krew tv membuat liputan tentang keluaga Aminah maka dia pun terdedah kepada benda baru yang asing dan merubah realiti hidup Aminah. Aku pakai nama Aminah sebab itu nama arwah nenek aku. Aku pasti nenek aku dulu pun bukan orang senang ketika kecil. Ya, program BersamaMu TV3 juga menerbitkan ilham untuk karya ini.

3. Meetings & Partings & The In-Betweens

Mengenai kehidupan, yang mana perpisahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

4. Letter To Friends, Me, Myself & I

Sebuah surat terbuka yang ditujukan kepada semua kawan-kawanku dan juga untuk diri sendiri agar ingat bahawa tiada hidup tanpa cabaran dan kesabaran dan tidak putus asa yang akan membantu kita untuk terus hidup dengan kuasaNya. Ini juga sebagai meditasi diri aku.

5. Hangok-Hangok, Teleng-Teleng

Dengar macam lagu Ahli Fiqir tapi tak. Aku minat dengan mainan kata Ahli Fiqir dan juga mesejnya. Yang aku tulis ini adalah mengenai sebahagian kenalan aku dulu yang tergelumang dengan kehidupan malam, disko dan arak. Aku tidak pandai mahu halang kerana semua sudah besar panjang namun apabila soal duit antara mereka kerana membayar gaya hidup menjadi isu bercakaran maka aku tidak seronok melihat.

6. Murder 101

Cerita rekaan mengenai suami yang membunuh isterinya yang curang. Kadang-kadang sayang berlebih pun boleh membunuh dan memakan diri. Inspirasi apabila mendengar lagu Loverman ciptaan Nick Cave nyanyian semula Metallica dari album Garage Inc.

7. Lembu

Suatu peringatan kepada ahli politik di mana-mana yang faham supaya berpegang kepada janji dan niat awal.

8. Harga Darah

Mengenai manusia yang senang-senang membunuh menggunakan lesen peperangan hingga terbunuh manusia tak berdosa. Manusia senang untuk membunuh sedangkan mencipta nyawa tidak mampu.

9. What If I'm Superman...

Aku rasa inilah post blog aku yang kedua, ditulis pada tahun 2002. Suka-suka je.

10. Cerita Satu Pagi

Ini pun suka-suka tetapi ditulis lebih lama sekitar tahun 1996. Masa aku kerja bank dulu, bila tidak ada kerja, tulislah apa-apa.

11. Hari-Hari Terakhir Ketidakwarasan.

Mengenai manusia gila yang akhirnya dibebaskan apabila disahkan waras. Orang kata hanya orang gila yang tidak mengaku dia gila, jadi awak gila tak? hehe..

12. Nevermind

Juga karya lama sekitar 90an. Suka-suka.

13. Peluang Kedua.

Yang ini straightforward dan terbaru aku tulis dan belum disiarkan di majalah pdf aku PIMP.Akan disiarkan di issue No. 8 bulan ini. Rasanya orang boleh faham. Gadis terlanjur, mengandung, cuba bunuh diri, gagal, hidup untuk peluang kedua . Kan pintu taubat sentiasa terbuka dan tuhan maha mendengar.

14. Writings On The Wall

Tentang hidup.

Sekian untuk post ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Sudi-sudilah ke lelaman majalah pdf saya PIMP di http://p1mp.wordpress.com untuk karya-karya aku yang lain.

Terimakasih untuk komen-komen di kapasitor dan juga penilaia-penilaian anda semua, semoga kita semua menjadi yang lebih baik setiap hari.

Wassalam...

 

 

Baca perbualan