Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tips untuk kehidupan yang optimum dan sejahtera di Kapasitor.Net

 

Berikut adalah tip-tip yang boleh anda ambil panduan dan gunapakai sewaktu berada di laman web ini.

#1 Pastikan niat menulis anda

Kalau anda menulis ikhlas kerana seni penulisan, ilmu, kepuasan diri atau misi peribadi, maka pedulikanlah rating dan komen yang diterima. Jika tidak, tulislah sesuatu yang mahu dibaca oleh ahli komuniti.

Penulisan yang paling baik adalah hasil titik keseimbangan tertinggi dua niat di atas.

#2 Terbit tulisan berselang hari

Anda mungkin ada sekotak kitab koleksi penulisan sejak remaja. Atau mungkin anda seorang penulis cerdas, mampu menulis bagai sungai yang deras. Namun, jika anda mahukan karya anda diberi perhatian, dikomen dan dinilai, elakkan dari mengepos karya anda segedabak terus ke dalam Kapasitor.

Mengapa? Corak kelakuan pembaca dan pengomen di sini cenderung untuk menilai satu atau dua karya seseorang itu dalam sehari. Melainkan tulisan anda seperti A. Samad Said, lambakan entri dari penulis yang sama akan menyebabkan karya anda yang bagus itu dilepas pandang. Beri peluang pembaca hayati dan hadam karya anda. Jika kuantiti bukan lagi satu masalah buat anda, fokus pada kualiti ;)

Namun, perlu dijelaskan tiada halangan dari Kapasitor jika anda memang ditakdirkan ingin berkongsi selambak karya anda itu sekaligus.

#3 Gunakan bahasa yang elok, ejaan yang betul

Mengepos di Kapasitor bermakna anda mahu tulisan anda dibaca oleh orang lain, maka tulislah untuk orang lain baca! Ejaan malas seperti “ramai2”, “gunung2” atau “bnyk” cuma memudahkan penulisan anda tetapi menyakitkan mata sang pembaca.

Untuk rujukan ejaan dan saranan istilah, manfaatkan laman-laman seperti berikut:
www.dbp.gov.my
www.karyanet.com.my
www.thefreedictionary.com

#4 Komen, nilai dan berinteraksi dengan komuniti

Anda tentu tahu bagaimana kesan komen dan nilaian orang lain terhadap karya anda dapat membantu memberi kepuasan, panduan dan dorongan yang seterusnya akan menggalakkan kepada penulisan yang lebih baik.

Yang anda selalunya tak tahu adalah bagaimana untuk mengamalkan budaya give and take terhadap konsep yang disebutkan tadi kepada karya orang lain. Tanamkan sifat saling membantu dan bertoleransi dengan mengomen, menilai karya sahabat lain. Juga jangan malu berinteraksi di dalam chatroom.

Pembaca dan pengomen juga manusia, mereka lebih senang mengomen seseorang yang mereka kenali dan mesra.

#5 Kapasitor dan fenomena realiti TV

Karya picisan dipuja berlebihan, karya agung tiada siapa beri perhatian? Sebagaimana program realiti TV, karya anda akan dinilai oleh ahli yang (buat masa ini) majoritinya rakyat Malaysia, beginner dalam penulisan dan mempunyai kriteria tersendiri dalam menilai.

Corak penulisan, gaya penceritaan, pemilihan isu, effort yang ditunjukkan semuanya sering diambil kira berbanding keindahan seni semata-mata. Dan penilaian tersebut berdasarkan ilmu beginner mereka. Sila jangan salahkan kemampuan mereka menilai dan mengomen, mereka bukan ahli esastera.com.

#6 Hasilkan tulisan yang baik – setidak-tidak lebih baik dari yang sebelumnya!

Pernah dengar kata-kata ‘A good story aren’t written, they are rewritten!’?
Bagus. Amalkan!

#7 Jangan putus asa kalau kurang sambutan.

Being defeated is only a temporary condition; giving up is what makes it permanent

Hampir semua orang pernah melaluinya. Apa yang anda boleh lakukan adalah memberi penekanan kepada tip #4 dan #6, dengan sedikit kesabaran keadaan akan menjadi lebih baik untuk anda. : )

#8 Penulis yang baik bukan hanya baik dalam menulis..

Seorang rakan Kapasitor dari Indonesia pernah berkata, penulis yang baik itu bukan hanya baik di dalam tulisannya, tetapi turut juga baik di dalam menjual karyanya. Iya donk! Saya setuju banget dengan kata-katanya itu! Jadi menulis dengan baik saja tidak cukup. Kita harus promosi dan berinteraksi dengan pembaca atau pengomen yang datang menjenguk karya kita :)

#9 Bertanggungjawab ke atas tulisan anda.

Kita bertanggungjawab di atas semua perbuatan kita, dan ini termasuklah penulisan yang kita hasilkan. Sentiasa fikirkan impak baik dan buruk yang dibawa oleh penulisan tersebut. Sebagaimana yang digariskan agama, semoga penulisan kita memberi manfaat dari mudarat.

*Semua tip yang diberikan ini (kecuali #9) adalah pandangan peribadi penulis dan bukanlah satu garis panduan yang wajib diikuti. Anda mungkin ada pandangan dan cara tersendiri sebagai ahli kapasitor.

Baca perbualan