Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Banjir o banjir....

 

 

Masuk je bulan disember, first thing yang bermain di fikiran terutama sekali penduduk di pantai timur adalan musim banjir. Tak kiralah hujan lebat ke tak lebat ke... asal masuk bulan 12 mesti banjir....

Setelah hampir lima tahun aku merantau....*echeh*... akhirnya aku berpeluang untuk menikmati banjir sekali lagi dalam hidup aku. Terimbau kembali zaman kanak2 dulu. Di waktu itu, banjir adalah satu perkara yang kami nanti-nantikan kerana pada waktu inilah kami boleh bersuka ria,bermain air dengan girangnya.

kalau ikutkan dua tahun kebelakang, kampung aku tak dilanda di banjir... paling akhir tahun 2005 di mana menurut keluarga aku merupakan banjir terburuk dan terbesar yang pernah melanda kampung aku. kalau ikut pengalaman aku sendiri, banjir terburuk adalah pada tahun 1994. waktu tu umi aku sedang mengandungkan adik bongsu aku. terpaksa lah umi aku di bawa dengan rakit ke tempat yang lebih tinggi dan selamat... aku? apalagi... amek peluang berenangla...

lebih kurang pukul 6 petang hari ahad yang lalu (9 Dis.) air kat padang depan rumah dah mula bertakung. Perlahan-lahan air mula naik ke atas bahu jalan. Dalam masa beberapa jam, ia  mula melimpah ke atas dan jalan di depan tangga rumah telah pun tenggelam. Menjelang tengah malam, air dah hampir ke paras buku lali di mana halaman rumah nenek aku pun mula ditenggelami air. keesokannya, air mula melebihi paras buku lali. dalam tempoh lebih kurang 6 jam, halaman rumah aku *depan mahupun belakang* sudah tenggelam. Bilik air yang merupakan kawasan paling rendah dalam struktur rumah mula bergenang dengan air yang berkelodak lumpur. ini bermakna bilik kecik pun turut terjejas. Semalaman aku tahan nak buang hadas besar sebab tak sanggup nak melepaskan hajat dalam keadaan macam tu... hehehe....

masuk hari ketiga, air mulai surut perlahan-lahan. alhamdulillah, bilik air dapat digunakan semula. namun, mengikut pengalaman, sekali banjir dan surut bukan bermakna banjir telah berakhir... memandangkan ianya surut dengan perlahan-lahan, tahulah kami, banjir yang lagi besar akan melanda.

tepat lebih kurang pukul 7.30 mlm 11 Dis., aku perhatikan air mula naik kembali...perlahan-lahan... pada mulanya aku menyangka kerana tiupan angin yang menolak air .... macam gerakan ombak... namun selepas pukul 9 mlm kami dapati air memang dah naik balik!

bangun pagi...air sudah sampai ke paras betis ketika air banjir berhenti pada hari kedua. oleh kerana hanya tinggal aku dan adik bongsu aku berdua di rumah, awal2 pagi ketika semua ahli keluarga yang lain pergi kerja, kami...or sebetulnya aku...hehehhe... mengharungi air banjir ke sana -ke sini... maklumlah takde kerja....huuhu...

dalam pukul 8.45 pg tadi, kami dapati air meningkat dengan mendadak. apabila aku bergerak ke bilik air.... aiyak!! tenggelam lagi!!! dalam tempoh setiap 2 jam, mengikut perhitungan aku dapati air naik sebanyak 1mm, itu cukup tinggi untuk kawasan yang luas. Air dari toilet hampir melimpah ke dapur. nasib baik papa sempat pulang... namun dia keluar semula setelah meninggalkan pesan.... andai air melimpah, telefon dia.

aku check air, dah melimpah. aku suruh iqah telefon papa. papa kata dia akan pulang secepat mungkin. tak sampai 10 minit, dia telefon aku pulak tanyakan perkembangan... dalam sepuluh 10 air hampir membanjiri dapur. kemudian dalam 20 minit kemudian, umi telefon suruh selamatkan beberapa barang penting di dapur dan dia akan pulang dengan papa.

and now, aku kat cc, taip laporan banjir ni...setelah mengharung air banjir yang aku nantikan tapi dah tak de mood nak main setakat jalan2 camtu je...itupun pakai boot cam phua chu kang tu... heheheh... there's no way i'm gonna let my body touches the smelly and oily water...yark! 

However, jeles gak tgk budak2 dok main air banjir... aku rasa air meningkat tuh... so, i'll better be home now. kang terkandas tak leh balik....huhuhu.... bubye for now..entah bila plak aku nak lawat kapasitor dan web yang lain....huhuhkkk

Baca perbualan