Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

tetiba~

 

tetiba~


tetiba enchek apun terbangga menjadi rakyat negara Malaysia. hahaha.. walaupun sudah lama meng"kerek" kan diri dengan statun "mare----jin~~".. jarang sekali menggunakan status "mare-syia jin" ::

setiap hari pergi melawat website rasmi sukan sea. dan setiap jam, akan reload untuk tgok pungutan pingat terbaru. awal-awalnya memang gamat mengecewakan. ah, terasa mahu menyumpah pasukan-pasukan pilihan yang gagal.

tapi, bila tiba empat hari terakhir, sedikit terpana dengan peningkatan pungutan pingat emas. wau, dengan tiba-tiba, kelihatan seakan-akan dekat Korat itu, yang menyapu pingat emas adalah Malaysia dan Thailand. walla.. hebatnya, dari tangga ke-lima, melompat ke tangga ke-2, dan.. tak perlu gundah kerana nombor 1 adalah tuan rumah sendiri. haha..

cuba membayangkan kalau mutu pengadilan lebih sempurna..
juga tiada beberapa kontroversi.

juga dari sukan sea, dapat byak maklumat yang negara kecil ini, ada byak juara asia dan juara dunia. tapi....................kenapa sangat kurang publisiti?

melihat rancangan-rancangan jepun, selalu sahaja beri perhatian kepada juara-juara asia dan dunia mereka. bangganya bukan main lagi. di Malaysia, rancangan untuk sukan, sungguh kurang. kalau ada pun, TV3-scoreboard, yang disiarkan pada waktu tidur. ataupun, TV1 berita sukan, selama sejam, tengahari.

kenapa perlu publisiti? sebab ini akan beri atlet rasa dihargai, juga dikenali, baru mampu jadi idola. kemudian ramai peminat dan penyokong. semnagat akan meningkat, semangat juang meninggi, dan saat bertanding, mereka akan rasa tanggungjawab kepada peminat dan negara itu tinggi. rasa diperlukan. rasa perlu buktikan mereka adalah idola yang berjaya.

juga, ramai atlet-atlet kita yang usia mudanya, menjadi juara dunia remaja. tapi bila meningkat dewasa, senyap secara tiba-tiba. kenapa agaknya~~

wang untuk pembangunan sukan dekat negara ini, rasanya makin dan makin byak. kalau lah bakat-bakat yang sedia ada, diberi perhatian dan juga publisiti, mungkin kita mampu melihat rakyat Malaysia dikalungkan pingat Olimpik. ataupun kita mampu mendengar NegaraKu berkumandang dekat venue venue pertandingan.

kagum pada perenang muda yang berjaya memecahkan rekod sukan sea, walaupun sekadar berlatih dengan ibunya.
juga kagum dengan atlet-atlet bukan pilihan yang berjaya mempamerkan kelebihan mereka.
tapi, tak suka betul, bila bola kalah awal, silat xde emas, juga team-team sukan yang memang feymes dengan title juara, xbawa emas balik. pekejadah..~~

tahun hadapan, mahu lihat sekali lagi kita dengan pingat di olimpik. ~~~~~~~~

Baca perbualan