Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SI KECIL ITU, BUKAN BONEKA

 

Aku mencari siapa aku dari kalangan kamu. Aku menjengah sendi-sendi malam, mencari tulang untuk aku jadikan tebing buat berpaut. Aku lemas dalm pelukan hening senja yang semakin karam dengan lautan sendu tangisan anak kecil yang kehilangan kasih dan manja. Aku mendengar segala esak tangis wanita-wanita lemah tersisih di jalanan kota. Dan aku terkesima dengan gelak tawa hantu dari manusia-manusia alpa yang tak kenal dosa pahala.

Tegak bulu romaku tiap kali kisah seram terpapar. Sebuah ikatan tulus yang dulunya disulami tinta cinta yang mendalam, kian hanyut dalam gelora hambatan nafsu yang tak berhala. Dalam suci cinta terlahir anak-anak kecil comel, tak punya diri kerana tiada pengenalan nama. Di tepi-tepi tong kecil, sederet anak kecil terbuang bagai patung-patung boneka yang tak punya harga. Ke mana menghilang segala kemanusian? Ke mana terhala segala retak cinta sehingga yang kecil teraniaya tanpa di tunda? Ke mana terbangnya kesedaran saat dunia melaung mencari penghujung sengketa? Ke mana akal mu? Ke mana maruahmu? Tegar sekali kau campakkan ke lohong durjana disulami amarah kerana alpamu.

Aku mengundur dari lautan manusia hipokrit seperti kamu. Bukan lagak ku untuk menjadi taruhan dalam setiap noda yang kau simpulkan menjadi ghairah hidup. Aku bukannya lutsinar untuk kau tolak ke tepi tanpa disedari. Aku punya pegangan yang aku sandar pada suatu prinsip yang aku kenalkan sebagai keyakinan hakiki. Otak ku dengan jelas memaksimakan pengenalan tentang suatu rasa yang tersurat, yang kau  pendam jauh dari sudut hati mu. Aku bukanlah ahli, tapi aku tahu tentang takrifan dengan gaya rentak dan hayun langkah mu. Kamu sendiri bagaimana? Tahukah kamu siapa kamu untuk menghukum janin-janin kecil yang kamu sendiri pinta dari noda dan alpa? Apa hak mu sehingga saki baki maruah yang tertinggal, kau cungkil menjadi titisan kejam buat hamba-Nya yang jelas tidak berdosa? Mana waras mu? Untuk apa kau sandarkan sedar mu jika lumrah manusia menjadi hamburan santapan keegoanmu.

Aku mendunggu. Tiada hala buat aku menghukum kamu andainya mimpimu masih panjang dan tak bertepi. Mahu mu aku buntu. Sedar mu aku keliru. Tahu mu aku perlu, tawa mu aku sendu. Aku malu sendiri kerana kamu tidak pernah peduli.  

Baca perbualan