Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KAMU BUKANNYA SESIAPA

 

Semalam aku berjalan dalam sisir gelap malam, tercari-cari bintang buat menjadi kanta puisi sehati, sehari.  Namun aku sepi, kerana tiada kata menjengah diri. Aku murung mencari suatu kata, mencari diri yang tercari-cari meludah cinta. Persetankan madah-madah berselang-seli pelangi indah! Tiada guna sebaris kata andai nanti aku sendiri yang tersungkur mananggung malu dan derita.

Kau begitu dengkal untuk selami cinta ini. Begitu daif untuk menadah kasih yang tertumpah melimpahi hati. Kau bukan arjuna yang punya sayap, yang ada cita untuk bawa aku terbang tinggi menyelami malam kasihmu nan abadi. Aku tahu kau juga bukan perwira cinta yang sanggup berjuang meredah lautan api.  Kau hanya manusia bodoh, yang hanya tahu menjengkal situasi. Kau hanya pandai merobek segala isi hati. Dan kau, begitu kejam menongkah prinsip diri menjadi baja suatu dendam yang tak bertepi.

Betapa bodohnya kamu untuk memahami hati ini. Betapa senaknya otakmu mencari jalan dalam lautan mati. Sungguh, aku tertawa di balik tirai kalutmu yang terakam menjadi siulan muda-mudi gila mencari cinta. Kata mereka; kaulah idola. Itu kerana mereka alpa, kau juga manusia yang tidak punya apa-apa.

Baca perbualan