Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Anugerah Juara Lagu ke-22

  • jojo
  • 16 years ago
  • 2,024

 

Aku pegi tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-22 kat Stadium Putra semalam. Ni kali kedua aku pegi tgk AJL, dengan dimulakan dengan tahun lepas. Sesak btul nak masuk, tambah pulak hujan pulak tu kat luar. Nasib baik sempat aku ada bawah bumbung sebelum rintik turun. Dan pada masa hujan melebat, aku selamat berada di kerusi sudah.

Persembahan malam semalam bagi aku adalah cacamerba. Ada yang nampak betul-betul kreatif dari segi tema, arrangement musik dan props. Ada yang macam buat preparation lagi 2 hari sebelum AJL. Dan ada yang tak dapat bezakan antara Pertandingan ANUGERAH JUARA LAGU dan KONSERT SURE HEBOH, muahaha!

Tapi ada something wrong kot dalam adunan audio kat stadium malam tadi. Aku rasa macam bunyi bass terlalu tak best. Ke, aku sorang je yang perasan bunyi tu mcm ada masalah?

Ok, ini komen aku untuk show semalam:

1. Jinbara: Sembahhh.. !! Jinbara super dewa power malam tadi. Sayang korang tak menang sbb aku sangat2 harap Jinbara yang menang. Dari showmanship, music sampai la ke lampu. Dia punye tarik suara.. pehhh. sumpah meremang.

2. Nora: Akhirnya, Nora menang jugak. Tarian dancers dia kreatif, sesuai dgn lagu Samudera. Vokal Nora bagus mcm tahun2 yg sebelum ni. Cuma, aku rasa disebabkan audio stadium yg pelik, so kadang-kadang suara dia tenggelam timbul.

3. Jac & Lah VE: Nasib baik ade Jac, kalo tidak.. tipu lah dapat vokal terbaik.

4. Sahri: "Tuah ayam nampak di kaki. Tuah orang? tentulah Sahri". Tak kot, aku tak setuju tu. Kalo dari kepopularan lagu, mmg lagu ni popular sbb ini adelah Anugerah Juara Lagu (bukan Anugerah Juara Penyanyi). Aku rasa, better lagi Bob yg menang.

5. Bob: Tahun lepas dia duet dgn Aspalela. Masa dia perform, aku rasa kalo bukan sbb Aspalela.. bob dah bole menang something dah tahun lepas. Tahun ni dia perform sorang, aku ingat dia bole menang. Tapi tak pe Bob. Ko dgn Zahid sama je, dua-dua mengubah persepsi aku pada graduan AF (kohkohkoh!)

6. Sofaz: Korang ingat ni konsert Sure Heboh? Kamon la beb, nak perform kat AJL bukan senang. Next time, oppurtunity tu datang.. grab la elok2. Kreatif + berusaha la sket. Nampak macam tak nak menang je.

7. Misha & Andy: Hmmm.. mungkin 2 hari sblm nak perform kat AJL ni diorang baru nak start praktis kot. Misha je nampak beriya. Andy kelihatan lucu.

8. Siti Nurhaliza: Dato' memang power. Disebabkan dato' dah selalu menang.. rasanye juri nak kasik orang lain lak menang tahun ni, ngehehe

9. Mawi: Dancers dia gempak gile (siap ade budak kecik comel terselit). Baju dia lawa. Vokal dia bagus. Tapi Mawi aka Raja SMS, kalo tak de vote SMS utk persembahan terbaik pon rasanya sumer org mmg vote ko menang. Sbb, dancers Mawi memang cool.

10. Aishah: Siap ada sofa atas stage. Props yang bagus, penari dia masa intro pon klakar (org2 kat stadium gelak ramai2 masa penari dia start menari). Vokal sudah ada sikit out, mungkin sbb faktor usia. Faktor size bukan penghalang sbb tahun lepas Adibah Nor dah menang.

11. Fiq: mngkin dia down kot sbb dia sekadar replacement. Perform pon mcm nak tak nak je, tak de semngat.

12. Ramlah Ram: dia punye tarik ada sikit pelik (sape perasan?). Mungkin tarik yg semacam tu bole menghasillkan sesuatu pd zaman Ramlah Ram dulu. Tapi, performance dia hebat. Serius. Rasa tak pecaya dia mampu perform macam tu.

13. Estranged: Deserve utk menang based on performance semalam. Music dia kreatif dan nampak la berusaha nak menang berbanding dgn Sofaz

14. Fazli Zainal: Hmmm... tak best. Performance + vokal kureng. mungkin sbb audio stadium kot.

Tips utk menang AJL? setakat ni aku perasan ade 2:

1. Kena bawak budak kecik + comel atas pentas utk menari @ perform sama2.
2. Kena tarik suara @ jerit walaupon jeritan tu lari tune @ lari dari lagu. Jadik macam Bob, orang dah tepuk tangan ingat lagu dah abes, dia bole pusing balik sambung jerit. agagaga.

Itu saje komen aku. Sokong industri tanah air!

Baca perbualan