Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor Versi 4 (2008) README!

 

Tarikh : 6 Feb 2008

Kapasitor versi 4 (2008) telah mula dilancarkan secara berperingkat-peringkat. Ketika artikel ini ditulis, laman ini baru 60% berfungsi dengan sistem rating dan pendaftaran ahli baru antara elemen vital yang masih belum diaktifkan.

Maafkan kami kerana migrasi dari sistem lama ke sistem baru ini tidaklah selancar yang diharapkan. Kekangan tugas dari pekerjaan tetap serta komitmen keluarga menghalang kami dari menyediakan perkhidmatan terbaik.

Namun itu tidak bermakna Kapasitor tidak diambil berat. Barisan admin, terutama sekali saudara jojo saban hari bersengkang mata setiap kali ada waktu terluang untuk memperbaiki segala pepijat yang masih bermaharajalela di dalam laman ini.

Jadi, sepanjang bulan Februari ini Kapasitor akan dibaiki dari semasa ke semasa untuk membolehkannya berfungsi 100%.

Baiklah. antara perubahan utama di dalam Kapasitor versi 4 ini adalah pemisahan blog dan karya kreatif yang sebelum ini berada di dalam satu seksyen.

Kini, semua karya-karya seperti novel, puisi dan cerpen akan ditempatkan di ruangan karya kreatif. Manakala nukilan pendapat dan artikel anda akan dimuat di dalam seksyen komuniti (blog).

Bagi anda yang sudah serasi dengan struktur versi lama, struktur baru ini menuntut anda membuka minda untuk menerima selok-belok serba barunya. Memang kami jangkakan anda akan berasa janggal, tapi berilah struktur ini peluangnya juga.

Akhir kata, sementara kami melakukan pembaikan berperingkat ke atas sistem laman ini, KOMEN, CADANGAN dan LAPORAN mengenai pepijat, pautan terpatah atau lain-lain masalah AMATLAH KAMI HARGAI.

Semoga Kapasitor mampu melangkah lebih jauh tahun ini. :)

Lelaki Suci Ini: Cahatomic
Pengelola Komuniti Bahasa Melayu

Baca perbualan