Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Penulisan

  • jojo
  • 18 years ago
  • 2,921

 

Assalamualaikum dan helo,

Setelah membaca post dari snubnosse sebelum ini, aku terasa terpanggil pula untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang tak seberapa yang aku ada dengan anda semua tentang bagaimana cara menulis dengan ok.

Sebelum aku teruskan taipan aku ni, aku ingin menegaskan bahawa penulisan aku tidaklah sebagus mana. Jauh sekali hendak bersaing dengan idola aku: encik Faizal Tehrani. Bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan orang lama-  orang lama di Malaysia ni. Tapi, still aku nak share ilmu ni dengan korang jugak. 

1. Mood.
Ini adelah bende yang paling penting sekali sebelum korang nak start tulis apa2. Carik mood. Tak kesah la, korang perlukan lagu ke.. korang perlukan nescafe panas ke, perlukan belaian dari sape-sape ke. Kalo bende2 yang aku sebutkan tadi adelah perangsang kepada mood korang, buat dulu. Sebab, kalo korang tak de mood, jangan haraplah hasil korang akan bagus. Sebab penulisan yg berkesan, selalunya datang dari hati. Apa yang korang sampaikan dari hati yang tenang lagi elok dari apa yang korang tulis dalam keaadaan bengong.

2. Jangan banyak fikir.
"Apa jadik lepas ni ek?"
"Bole ke pembaca terima cerita cam ni ek?"

Bende2 cam ni akan menyusahkan korang kalo korang sendatkan otak korang dengan soalan-soalan merapu macam ni. Ingat! kapasitor.NET ni tak ada sebarang penapisan yang terlampau kecuali yang dibenarkan. So, tulis aje. Once korang dah dapat mood, terus tulis @ taip dan cuma berhenti kalo jari korang lenguh atau tangan korang sakit. Korang tak perlu berfikir panjang untuk menaip kecuali kalo jalan cerita yang korang fikir tu.. terlalu complicated.

3. Anggap semua pembaca bodoh.
Kadang-kadang, korang akan cube mengekspresikan sesuatu keadaan yang agak rumit. So, korang akan taip menggunakan ayat yang hanya korang je yang tahu. Ini salah! Misalnya: kalo korang nak cerita pasal masa korang pegi kedai, korang jumpe kemalangan. May be korang akan tulis macam ni:

"Gile disaster aa accident kat depan kedai Chaun tadi. Chaun tu, ko tau aje la perangai dia. Lepas habis tengok eksiden terus pegi Da Ma Cai siot. Tu tak campur ngan usha-usha amoi-amoi ganas kat tepi kedai tu. Merembesssssss... "

Ok, abaikan kesalahan tatabahasa dengan ayat di atas. Tapi cuba renungkan @ perhatikan elok2.

Kesalahan 1.
Penulis beranggapan yang para pembaca kenal dengan Chaun. Tapi siapa Chaun? Mungkin penulis cuba mengsimbolikkan Chaun dengan rakan2 beliau yang beliau kenal. Tapi ingat! pembaca tidak kenal dengan Chaun. Maka, sepatutnya penulis dulu tentang perangai si Chaun tu. Baru la pembaca faham kenapa Chaun segera pegi ke Da Ma Cai lepas accident tu.

Kesalahan 2.
Menggunakan bahasa yang hanya penulis dan rakan2 penulis je yang tau. Apa ni? Adakah korang berharap yang pembaca faham ape yang dimaksudkan dengan Merembesss? Kecuali kalo  korang selalu layan blog leez.blogspot.com, pembaca2 lain tak faham sgt dengan perkataan itu. So, apa yang berlaku adelah.. pembaca akan meneka. Jika pembaca gagal meneka dengan tepat, maka cerita korang tak akan sampai maksudnya dengan betul @ kurang difahami.

4. Susunan perkataan.
Korang jangan la main dump semua cerita korang dalam satu perenggan. Kurang sesuai itu. Korang sepatutnya kena pandai2 main dengan perenggan. Cuba untuk asingkan cerita dengan conversation misalnya. Mata kita ni, bukan suka baca bende panjang2. Tu pasal la korang kena main perenggan tu elok2.

5. Research 

Haa.. yang ini pon penting jugak. Korang tak leh hentam keromo je tulis selamba yang korang tau. At least, korang kena ade research. Misalnya, kalo korang nak cerita pasal Fraser Hills, korang tak leh la terkompius dengan Cameron Highlands. Kalo korang malas nak buat research, amek example yang paling senang utk suitkan dengan cerita korang. Dan yang paling penting, mestilah dihuraikan dengan cara yang paling ringkas supaya pembaca paham.

6. Gaya
Menulis pon ade gaya tau. Cuba korang perhatikan bahagian sastera kat Utusan Malaysia tu. Ada macam2 cara penulis-penulis kat situ. Ada yang suka bahasa berirama, ada yang suka gaya bebas dan ade yang suka bahasa sastera. So, korang bole try adaptkan style tu dalam penulisan korang.

7. Jangan Malas.
Haa.. ni yang paaaling super penting. Once korang dah habis type bende2 yang korang tulis tu, baca balik 7-8 kali. May be ade ayat yg salah, may be ada perenggan yang tak betul, may be ade ayat yang kurang menyerlah. So, gunakan masa korang utk baca balik. Beri pada member2 korang baca dulu kalo tak confident ngan diri korang sendiri.

8. Tatabahasa.
Ini pon penting jugak. Penulisan novel dengan penulisan blog lain. Kalo blog, korang bole belasah je tulis ntahapaapa. Sbb, umum sudah tahu, blog adelah online diari dengan approach baru. So, sape nak baca.. silekan. Apa dia nak kutuk, tak de sapa bole marah asalkan jangan melampau2. Tapi, kalo intend korang adelah untuk tulis novel (biarpun post kat kapasitor.NET je )Tongue out, korang kena try gunekan bahasa Malaysia yang tepat. Support usaha kerajaan utk memartabatkan bahasa kita. Ingat! Rakyat Malaysia ade 24 juta aje. Campur tolak dengan rakyat Malaysia yang tak sedar diri yang suke dengan bahasa asing tu.. ade la tinggal 20 juta. So, Di mana letaknya bahasa Malaysia suatu hari nanti kalo tak de sape yang nak menjulang bahasa kita sendiri.

Itu saja, sekian. Kalo ade terkasar bahasa, ampunkan saya yang hina, kachak dan berambut megi ini.

Baca perbualan