Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Persidangan itu...

  • sezzy
  • 18 years ago
  • 1,182

 

Saya 'mirror'kan dari apa yang saya post di blogger

Saya petik akhbar pro-kerajaan hari ini, bertarikh 11hb Mei 2006.
"JOHOR BAHRU 10 Mei - Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-60 di Istana Besar di sini esok, membawa makna tersendiri dalam mengukuhkan semangat, maruah dan amanah parti yang telah menunjangi perjuangan orang Melayu.

Perhimpunan yang bakal disertai oleh 60,000 ahli dari seluruh negara itu turut mencatat sejarah sebagai yang terbesar sepanjang usia parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam wawancara khas dengan **** sempena sambutan itu berkata, dalam memperjuangkan kekuatan bangsa, UMNO sentiasa memilih untuk menggunakan pendekatan harmoni.

Oleh itu, katanya pendekatan UMNO sentiasa mengutamakan kebijaksanaan fikiran, bukan dengan cara berlawan `lengan siapa lebih keras'."

Saya anak jati Johor. Susur galur keluarga saya semua terlibat dengan politik dan semuanya adalah ahli berdaftar UMNO;arwah bapa saudara saya adalah bekas ADUN Johor sewaktu masa dahulu, dan seorang lagi ahli keluarga saya memegang jawatan sebagai timbalan menteri di dalam kabinet pimpinan Pak Lah sekarang. Rata-rata ahli keluarga saya semuanya terlibat secara aktif dengan politik, kecuali saya.

Bukan saya tidak minat politik. Politik dalam darah saya. Suka atau tidak saya yakin semua orang pasti ambil tahu sedikit sebanyak tentang pergolakan poltik di negara kita.

Ok..apa yang saya nak ulas tentang persidangan atau perhimpunan UMNO yang berlangsung hari ini. Pagi ini saya baru tiba di Johor Bahru. Sepanjang perjalanan menuju ke Terminal Bas Larkin pukul 6.30 pagi tadi, saya dapati ramai makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, dan pakcik-pakcik berbaju melayu dan kurung. Bersamping dan berselendang merah. Sesak jalanraya menuju pusat bandar Johor Bahru sejak awal pagi lagi.

Kemudian dalam pukul 10 pagi, saya sempat ke Wisma Perseketuan untuk memungut MYKad saya. Wisma Persekutuan terletak berhampiran dengan perhimpunan yang saya sebut-sebut tadi. Ramai sungguh orang! Bas berduyun-duyun berhias dengan kain rentang yang pelbagai. UMNO cawangan dari serata pelusuk negeri hadir.

Tapi curiganya saya, apakah erti perhimpunan yang meriah ini? Jadi saya bertanyakan kepada Pakcik Hussin, pekerja abah saya yang menjadi pemandu saya ke Wisma Persekutuan tadi. Kata Pakcik Hussin "Untuk mengimbau kembali bapa-bapa kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin yang menubuhkan UMNO agar generasi sekarang kenal siapa nama-namanya".

Wah, sehingga besar-besaran begini?

Berapa ongkosnya? "Berjuta ringgit," kata Pakcik Hussin.

Tetapi kenapa saya nampak orang sudah pulang sedangkan perhimpunannya belum pun habis? Dapat 'goodie bag' dan payung merah putih semuanya sudah meninggalkan perkarangan istana? "Biasalah...orang Melayu. Datang untuk makan percuma dan barang-barang percuma," kata Pakcik Hussin.

Habis tercapaikah matlamat untuk mengingatkan generasi baru ( tapi semua yang saya lihat hadir kebanyakkannya dari golongan makcik pakcik, generasi barukah? ) tentang perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu? "Err..," Pakcik Hussin terdiam.

Saya terfikir, dengan ongkos yang jutaan ringgit untuk mengadakan perhimpunan seumpama ini, alangkah lebih elok sekiranya mereka menerbitkan buku autobiografi bapa-bapa yang menubuhkan UMNO dan memperjuangkan hak orang Melayu. Kemudian buku itu diberikan kepada setiap ahli secara percuma supaya ahli-ahli boleh letak di rumah untuk anak,isteri, cucu, cicit membacanya?

"Tapi bukunya sudah ada," kata Pakcik Hussin. "..cuma kena beli RM12 sebuah!" sambungnya.

Hahaha....

P/S:- saya tak boleh ke bank. banyak jalan ditutup. maka sekarang saya tidak berduit. sudi pinjamkan saya duit?

Baca perbualan