Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Chattroom Discussion

 

Assalamualaikum dan Hi smua!

 

Saya nak mewujudkan satu sesi di chattroom, dimana dalam masa satu jam, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang penulisan, samaada novel, cerpen, mahupun puisi.

Formatnya begini:

1. Sesiapa yang ingin mengutarakan topik perbincangan secara automatik menjadi chattroom moderator. Tugasnya adalah menyedia dan menyebarkan topik perbincangan di ruangan blog untuk makluman semua ahli. Moderator harus mencadangkan tarikh dan masa yg sesuai. Sewaktu perbincangan di chattroom, moderator harus mengawal topik perbincangan agar tidak lari dari topik yang sepatutnya.

 

2. Semua ahli-ahli kapasitor dijemput hadir (log in). 

 

Topik pada kali ini: Perempuan dan Lelaki: Siapakah mereka?

Synopsis:

Dalam karya penulisan kreatif terutamanya novel dan cerpen, kedua dua watak ini memainkan peranan penting untuk menghidupkan sesuatu cerita. Khususnya dalam novel, pembentukan karekter sangat penting untuk memahami jalan cerita. Memandangkan kedua-dua jenis makhluk tuhan ini diciptakan berbeza-beza, dan jarang ada novel yang ditulis bersama oleh kedua-dua gender, penciptaan watak untuk jantina yg bertentangan biasanya dibuat berdasarkan pemerhatian penulis. Penulis wanita akan mencipta watak lelaki berdasarkan apa yang dia lihat melalui lelaki-lelaki di sekitar hidup mereka and vice versa.Kadang kala penciptaan watak ini menjadi tidak tepat kerana kegagalan penulis untuk memahami gender yg bertentangan dengan mereka. Contoh: Adakah semua watak perempuan akan 'cair' bila di beri bunga? Atau, Adakah lelaki akan meninggalkan video game semata-mata untuk menalifon kekasihnya?Memandangkan ahli-ahli kapasitor terdiri daripada kedua-dua jenis gender ini, saya rasa kita boleh guna peluang ini untuk bertukar-tukar pendapat seterusnya memantapkan lagi penciptaan watak dalam penulisan kita. 

Topik Perbincangan kita pada kali ini berdasarkan kepada 4 persoalan:

1) Siapakah wanita pada pandangan lelaki?

2) Siapakah lelaki pada pandangan wanita?

3) Adakah pandangan ini benar?

4) Jika tidak, siapakah mereka?

Waktu diskusi, saya cadangkan pada hari sabtu (29 Mac), jam 11mlm (waktu Malaysia). Jika ada cadangan waktu yang lain boleh nyatakan di kotak komen.

Ini hanyalah cadangan saya untuk memanfaatkan penggunaan chattroom selain untuk sesi berkenalan dan bual kosong. Nyatakan sokongan atau tentangan anda!

Baca perbualan