Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diskusi Langsung Chattroom: Laporan

 

Pada 1 April 2008, jam 11 malam yang lepas buat julung kalinya telah diadakan satu diskusi langsung di Chattroom Kapasitor. Buat kali pertama, ahli-ahli panel dijemput membincangkan sesuatu isu dalam jangka masa yang ditetapkan. Tema pada malam itu adalah Membongkar Persepsi Tipikal Terhadap Lelaki dan Perempuan. Tujuan saya menjemput ahli-ahli Kapasitor menghadiri sidang diskusi ini adalah untuk membantu para penulis menambah pengetahuan tentang persepsi masyarakat umum terhadap lelaki dan wanita seterusnya memperkayakan lagi pemilihan watak dalam karya mereka.

Seawal jam 10.30 malam, ahli-ahli panel telah memenuhi Chattroom. Tepat jam 11, saya telah memikul tugas sebagai moderator dan reason sebagai penyimpan log. Ahli-ahli Kapasitor lain yang mengambil bahagian adalah dayya, raihanchia, paper_cat, zhentan, mangifera dan cucoq.

Berikut adalah isi-isi penting yg saya ambil dari diskusi tersebut.

 

Soalan: Adakah benar wanita suka merajuk, menggunakan airmata sebagai senjata, manja dan sensitif?

Jawapan dari pihak wanita:

-sensitif yes. but manja..merajuk???no way. sum girls mmg suka buat benda2 x senonoh tu

-sensitif yes, manja tu beser la..

-suke merajuk, maybe, sensitif, stuju gak. tp yg gune air mate jd senjate, x semua la. manja tu normal la kan?

 

Soalan: Wanita sukakan pujian/memuji?

Jawapan dari pihak wanita:

-pmpn mmg suke puji,tmbh2 drp org yg disayangi. suke memuji, tgk keadaan la

-sapa x suka?all humans like...tp klau i dpt pujian xdelah sampai besar kepala..sampai meletup..no way. suka memuji if the person deserves it..suka dipuji if we deserve it

-suka tapi tak suka selalu

 

Soalan: Benarkah perempuan selalu tertarik dengan ‘bad boys'

Jawapan dari pihak wanita:

-x lah.. cume dorang salah pilih org, tu je..

-erm..i x like bad boys. suka gaduh..rempit...annoying. buat malu je. not my type

-bad boys menyusahkan la..

-i like bad boys..yang player, sorts of best gak ar....playing wif their ego

-ish...xde moral..xnk la..

 

Ini pula komen salah seorang ahli panel lelaki:

-ahhh..tipu la..aku kena gantung sekolah dua kali masa time sekolah takder awek pun

 

Soalan: Bagaimana perokok di mata wanita?

Jawapan dari pihak wanita:

-smokers, i dun mind. hak dorang. as long as dorang x sembur asap rokok kat atas muke ku, sudah la..

-smokers? tak kesah. janji jangan hembus depan2 da la..

 

Soalan: Cukup ke bagi perempuan bunga hari-hari untuk tawan hati mereka?

Jawapan dari pihak wanita:

-don't like flowers. i like if he call me in the morning. care for me. like when ur sick their concern. some guys x giv a damn

-ish...jgn bg tetiap hari pliss..on special occasion la..klu x, rase mcm x spesel dh

-flowers? x best la hari2...tak kesah romantic ker tak, pentingnyer attention, da care. hey,bunga means nothing.

 

Berikut adalah sifat-sifat tipikal wanita yang lain pada pandangan ahli-ahli panel:

Perempuan pandai memasak, suka jual mahal, dependable, love pink, gedik, boyish look is cool.

 

Seterusnya diskusi beralih kepada pihak lelaki.

 

Soalan: Perempuan kata lelaki ego. Apa pandangan lelaki?

 

Jawapan pihak lelaki:

-first, EGO. i have to admit lelaki ni ego dia lagi besar dari perempuan dalam cara dia sendiri. kenapa? sebab lelaki ni diexpect utk jadi kuat, gagah dan memimpin. so, bila lelaki diexpect camtu, dia kena jaga kegagahan dia dan salah satu benda yang menunjukkan kelemahan adalah bila dia ngaku salah. so, expect that from men. aku faham efo lelaki ni memang tinggi so as woman that should be men assistant should help to tone down the ego. perempuan dengan perangai lemah lembut kena memainkan peranan untuk tunjuk ajar lelaki dengan cara yang dia boleh terima.

-u cannot expect man to lower their ego. it sad...but true

 

Soalan: Lelaki selalu mementingkan kawan/kereta/motorsikal berbanding teman wanita. Benarkah?

 

Jawapan pihak lelaki:

-kdg2 pompuan caught lelaki at the wrong time. mcm time tgh men futsal, or nak basuh keta, or tgh men game, sbb tu nampak kitorg cm lebihkan benda2 tu. ni sbb berkait dgn sifat lelaki yg suka nak mng

-aku rasa dalam soal ni, itu interest lelaki tu. first of all, dia jumpa semua benda tu dulu dari korang, so expect la dia bagi masa pada benda2 tu. so, arrange your schedule to caught him on his right time. hehehe. aku rasa dunia sekarang ni lelaki expect perempuan yang independent. yang boleh berdikari. tanpa dia pun perempuan tu boleh hidup. guys, berkorban tu perlu tapi tak perlu la nak berkepit 24 jam. you also should go out and enjoy life. hehehe. like i said, men is always men. sampai tue pun tetap camtu. as person yang concern, kenalah educate those men yang derang patut pentingkan korang.

-girls should understand..lelaki pun ada jugak masa utk bersama kengkawan lor. then we need u guys to support us

 

Ini pula komen dari pihak wanita:

-tp...most of the time, laki suke lebihkan minat2 dorang tu...rse mcm diabaikan lak..yela..sbb kdg2, lelaki x bgtau leklok nk wat pe..miscommunication la kot..hihi

-do undertsand that women is sensible

 

Soalan: Benarkah lelaki cepat cemburu?

 

Jawapan dari pihak lelaki:

-i have to agree kot..bukan ape...pada pendapat lelaki...pompuan ni mudah sgt jatuh hati kt orang lain....so sbb tu mudah dtg jeles...x bagi korang pegi sane sini

-lelaki suka take charge. as easy as that. from ancient time, lelaki di expect jadi ketua so kena la take charge. hahaha. standard la gaduh tu kan. for every small thing pun kalau boleh nak gaduh. kalau dia jeles, bagi dia cool off dulu dan lepas tu terangkan kat dia. hahahaha. to talk rational into men head sometimes take another men to do it. :) hehehe. lelaki ni akan tetap jadi budak2 sampai bila. women are more matured than us. we, men need your maturity to lead us into our maturity

 

Antara sifat-sifat lain tipikal lelaki dari pandangan wanita:

Suka control macho, control freak, suka buat benda tak berfaedah, kaki rempit, terlalu agresif, cepat naik angin, tak boleh control nafsu.

 

Menjelang 15 minit terakhir saya telah mengemukakan soalan tentang watak-watak (hero dan heroin) yang ahli panel ingin lihat dalam sesebuah karya. Malangnya, saya kehilangan sebahagian besar isi kerana kesilapan ketika menyimpan data dan pembantu saya, reason, juga terpaksa menghentikan ‘recording' kerana kekurangan RAM Capacity. Namun saya lampirkan di sini antara isi-isi yang sempat saya selamatkan.

 

Soalan: Watak bagaimana yang korang nak lihat dalam sesebuah karya? / Ape yg korang harapakan penulis paham tentang karekter perempuan/lelaki dia?

 

Jawapan:

-hurm, for me... make the scene looks like a real life lar..but reality not really nice!

-sy harap, penulis sume jgn bias, (termasuk sy)

-aku suka watak perempuan yang agak keras. i mean, yang agak kasar. aku suka girl yang nampak tough tapi fragile.

 

Sesi diskusi tamat tepat jam 12 tgh malam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen peribadi:

- Masa satu jam yg saya peruntukkan untuk diskusi ini memang diakui amat terhad. Banyak isu-isu yang perlu dibincangkan dengan lebih mendalam. Tapi pada masa yang sama saya gembira kerana kita berjaya mengumpul banyak maklumat dalam kondisi yang terhad.

- Ucapan maaf secara peribadi kepada mangifera yang begitu bersemangat mengambil bahagian namun banyak point2 beliau yang saya terpaksa potong kerana kesuntukan masa. _theRain_ dan Chamerong yang hadir ditengah-tengah perbincangan dan tidak dilayan dengan baik oleh saya. Harap maaf ya.

- Terima kasih kepada valium dan sha yang hadir sebaik sahaja perbincangan berakhir. Lewat satu jam, miscommunication ke?

- Adakah sesi diskusi langsung ini perlu dijalankan lagi di Chattroom? Well, pada pandangan saya, chattroom sentiasa dipenuhi dengan perbincangan-perbincangan ilmiah dari masa ke semasa. Namun acap kali sesuatu isu dibincangkan dalam kelompok yang kecil dan kadang-kala berjam-jam lamanya kerana tiada panduan arah. Oleh itu sesi seperti ini, dimana kita menetapkan masa berkumpul dan topik diskusi sewajarnya menjadi budaya chattroom Kapasitor.

 

Cadangan:

- Jika ada yang berminat untuk menganjurkan sesi seterusnya, saya ingin mencadangkan agar tempoh sesi dipanjangkan kepada 2 jam.

- sekurang-kurangnya seorang moderator dan seorang penyimpan log diperlukan bagi setiap sesi.

Akhir sekali ingin saya umumkan bahawa diskusi kami pada hari selasa lepas telah berjalan dengan jayanya dari segi perlaksanaan. Sama ada hasil perbincangan kami bakal membantu anda dalam penulisan anda pada masa akan datang tidak dapat kami jamin :D

Sekali lagi, terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Admin Kapasitor yang telah banyak membantu.

Baca perbualan