Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fairytales

  • sezzy
  • 18 years ago
  • 1,592

 

Saya sangat beruntung dilahirkan sebagai saya....Kenapa?

Saya dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya dan memiliki paras yang cantik seperti Nasha Aziz!Tinggi lampai,seksi!Bezanya cuma saya tak ada cd video bogel Abah saya seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi. Kami memiliki 6-7 buah bijik kereta import yang mewah-mewah(Apa, cahatomic? Awak nak pinjam Evo saya?). Saya sendiri memiliki sebuah kereta Honda City kaler emas. Saya dan dua orang adik - beradik mempunyai tabung amanah pendidikan yang berjumlah RM500,000 setiap seorang.Kami tak perlu meminta pada bantuan PTPTN tu!

Selain itu saya mempunyai seorang teman lelaki juga dari keluarga yang kaya dan ternama. Bukan, dia bukan Datuk K, dia seorang usahawan muda yang telah mencipta nama sebagai jutawan muda Malaysia yang pertama ketika umurnya baru 20 tahun!!! Dia kacak,bergaya,bertubuh sasa, dan memiliki jumlah aset bernilai RM3juta!Bukan, dia juga bukan Irfan Khairi,jutawan internet itu! Saban hari teman lelaki saya menghantar sedozen bunga ros merah kepada saya sehinggakan setiap inci ruang rumah saya sudah tidak ada tempat lagi untuk meletakkan bunga-bunga ros tu.

Saya la perempuan yang paling bahagia di dunia ini!!!!

Ya, saya lah perempuan itu!!!

..kalau lah semuanya seindah dan semudah itu!!

Realitinya...saya insan biasa. Abah saya seorang pegawai tapi bukan la berpangkat tinggi. Kami hanya memiliki 3 buah kereta, semua buatan Malaysia. Tidak pernah memiliki kereta import. Tidak, kami tidak mempunyai tabung amanah pendidikan bernilai setengah juta seorang..Saya sendiri bergantung pada PTPTN tapi dah berapa sem PTPTN tak memberi pinjaman kepada saya lagi. Jadi saya membayar yuran menggunakan duit sendiri! Mujurlah saya ni jenis yang suka menyimpan duit.

Realitinya...saya tidak mempunyai boyfriend yang kaya-raya,kacak,bertubuh sasa,berpakaian kemas seperti putera raja dalam cerita dongengan yang selalu kita dengar sewaktu kita kecil. Ya....hakikatnya, saya tidak hidup dalam kisah dongengan.KITA SEMUA TIDAK HIDUP DALAM DUNIA DONGENGAN!

Tidak ada istilah sebenar "happily ever after" seperti yang selalu kita dengar di penghujung cerita dongeng. Tapi kenapa kita masih mencipta dunia angan-angan kita sendiri sedangkan kita tau itu tak mudah berlaku pada kita tanpa usaha? Kenapa kita tidak boleh teruskan sahaja dan bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita?Malah kita mengambil jalan dengan tidak meghiraukan kekurangan dan kesakitan kita. Lebih teruk apabila kita mencari jalan keluar yang paling mudah;lari dari masalah,menyogok diri kita dengan angan-angan yang tidak pasti,berbelanja di shopping mall membeli 2-3 pasang kasut yang entahkan bila kita akan pakai(ops,itu saya!) atau mungkin memanjakan diri kita dengan makan secara berlebihan supaya hati kita lebih tenang dan senang!! ( ops...itu pun saya juga!)

Hakikatnya, kebahagiaan yang berpanjangan tidak akan datang dengan cara itu. Kebahagiaan tidak akan datang bergolek tanpa kita sendiri sedar akan realiti kehidupan yang kita jalani sekarang! Tidak kah pernah kita terfikir sebenarnya, hanya selepas kita mengalami kesakitan dan sedar pada kekurangan kita maka kita akan lebih menghargai realiti kehidupan yang sedia ada ini?...Hanya setelah kita tahu bersyukur dengan apa yang kita ada,barulah kita boleh mencari erti bahagia yang kita selalu impikan.

Jadi jangan takut menghadapi realiti. Jangan takut memandang ke cermin dan melihat diri kita yang hodoh dan gemuk(ops, saya lagi!).Jangan malu mengaku kita tak secantik model-model dalam majalah,sebab kita manusia biasa(Model-model tu pun manusia biasa).Setiap manusia yang dijadikan Tuhan dengan pelbagai rupa dan saiz. Cuba bayangkan setiap insan dalam dunia ni mempunyai muka yang sama?Ali rupanya sama sepeti Maniam dan Ah Chong. Jadi dimanakah warna-warni kehidupan kalau semuanya sama?Lagi satu, kecantikan luaran sahaja tidak menjamin kebahagian, yang penting, kecantikan pada hati..........

Mempunyai 'super duper extra perfect partner' juga bukan kunci kebahagiaan(kerana selalunya super duper extra perfect boyfriend itu dari golongan gay dan biseks,jadi berhati-hatilah dengan apa yang kamu minta!). Kenapa kita tak boleh menerima konsep jodoh datang sendiri juga nanti? Kenapa kita pelu terhegeh-hegeh mencari 'the right guy/gal' sedangkan sudah dijanjikan Tuhan, setiap manusia telah dijadikan untuk berpasang-pasangan dan sudah ditetapkan jodohnya? Sabar,cinta akan datang sendiri. Tidak ada sebab kenapa kita perlu terburu-buru mencari cinta dan mencari pasangan hidup. Berapa ramai kenalan kita yang terburu-buru mendirikan rumahtangga yang kemudiannya selepas setahun mendirikan rumahtangga ia berakhir di mahkamah Syariah memfailkan penceraian mereka?(Tengok saja Erra dan Yusry!"Yusry, this is my card. Call me ok?" kata sezzy)Fikirkan....(Bazir duit buat kenduri kawin besar-besaran ,tumbang 3-4 ekor lembu,bersanding,duit hantaran lagi...sekarang pulak kene bayar upah peguam,nafkah anak bulan-bulan lagi; walhal hutang bank untuk mengadakan kenduri kawin dulu pun belum habis dibayar!)

Jika kita fikir mempunyai wang yang berjuta akan boleh membeli kebahagiaan, salah! Wang ringgit juga tak boleh membeli kebahagiaan. Kebahagian tak dijual di pasaraya atau di pasar malam Petaling Street dengan harga RM2 sekati!. Memang betul dalam dunia sekarang ni, apa-apa pun perlukan duit. Malah kalau kita nak buang air besar pun nak pakai duit. Tapi wang ringgit yang banyak boleh mengundang jumlah masalah yang sama besar nilainya. Sudah resmi manusia, kita sentiasa tamak.Tidak pernah cukup dengan apa yang kita miliki. Bayangkan jika bapa kita meninggal dunia dan meninggalkan harta jutaan ringgit,sanak saudara kita tentu berebutkan harta itu,masing-masing menuntut bahagian masing-masing (walaupun baru sekarang kita pernah tengok muka mereka masa hari pengkebumian jenazah!!). Adik-beradik menjadi musuh; pegi mahkamah,turun naik mahkamah kerana harta,pertalian darah terputus..Lebih teruk ada yang sanggup berbunuh-bunuhan atau paling tidak mengupah bomoh Siam untuk mencederakan saudara sendiri!Alangkah sedihnya ibu bapa kita di dalam kubur! Itu belum masuk cerita cukai harta bagi harta yang bernilai berjuta-juta ringggit...Leceh...

Penampilan diri,mempunyai pasangan yang hebat, wang berjuta bukanlah kunci kepada kebahagiaan. Tapi bagaimana kita menerima diri kita dan cuba memperbaiki kelemahan kita adalah kuncinya.Tidak boleh setakat menyedari kelemahan diri dan bersyukur sahaja. Jika kita mahukan perubahan yang lebih baik dalam hidup kita, maka berusahalah membaiki kelemahan-kelemahan yang ada!Cuma berhati-hatilah supaya kita tidak memberi tekanan kepada diri kita sendiri untuk mencapai matlamat yang kita mahu miliki! Kita manusia, kita bukan robot..Just remember "It's alright to have goal and needs BUT not all needs can be fulfilled by one person in a very short time..it takes time to built a mountain".

Real life is cool when you play it simple............and then they all live happily ever after!

Baca perbualan