Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

pesta buku

 

kalau ramai yang bertanya kemana aku menghilang. aku bisa jawabkan sibuk dengan hal peribadi. tapi mungkin sedikit kelainan kerana aku tiba-tiba terbang ke Malaysia, selama seminggu atas hal-hal peribadi.

kalau ramai tanyakan, kenapa aku seakan merajuk untuk menulis, aku bakal jawabkan, aku ini sedang sibuk membaca, bukan menulis.

sedang aku baca buku bertajuk "The Black Dahlia". cerita pembunuhan kejam yang gila. bukan satu kebiasaan pada buku ini. segala-galanya agak kurang normal.

abaikan tentang peribadi. aku ingin iklankan PESTA BUKU ANTARABANGSA yang sedang berlangsung di PWTC sehingga 14 haribulan ini. (kalau tidak silap aku).

bagi yang tidak tahu, herak-gerakkan kaki anda ke sana. bagi peminat buku, ini bukanlah satu perbuatan untuk merugikan anda. malah jujur, saya sendiri habis ratusan ringgit (itupun kerana beg saya sudah cukup penuh) untuk buku-buku di sana.

membazirkah? novel inggeris bertaraf "bestseller" hanya di jual lambak semahal lima belas ringgit sahaja.

membazirkah? anda bakal dapat potongan 10peratus untuk buku belian anda. nah, bila lagi, beli sahaja sebanyak mungkin. untuk stok setahun. makin lama anda tunggu, makin banyak buku bakal habis dijual.

aku pergi hari ke-2, buku faisal tehrani, sejilid pun tak terlintas dekat mata ini. sedangkan, baru sahaja rakan aku membelinya pada hari pertama. dia katakan,. buku FT tersusun rapi berdondon. tak disangka baru hari pertama sudah "sold out".

kalau anda tidak minat FT, di sini juga boleh dapatkan novel cinta berlambak-lambak. saya tak mengambil berat tajuk-tajuk novel cinta, tapi kelihatan booth booth Creative Entreprise, Alaf 21, Utusan Pub. penuh.

juga, ada juga buku terbaru A Samad Said, berjudul "soneta pohon ginko". koleksi, soneta yang ditulisnya semasa di korea. semasa aku pergi, buku itu baru sahaja dilancarkan dua hari. sekurangnya, anda dapat lihat, satu lagi seni bahasa/sastera berbentuk soneta (inggeris ;; sonnet).

nasihat aku, kalau terasa gilakan buku, bawaklah troli. ataupun beg yang cukup besar.

jadikan bangsa kita bangsa membaca. =)

p/s : maaf kerana hilang. mungkin beberapa tahun lagi, kapasitor mampu ada booth sendiri. :)

Baca perbualan