Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

'kau tak suke bahase melayu eh?'

 

tidak. saya tidak sama sekali membenci bahasa melayu. saya membesar dengan bahasa melayu, bergaduh dengan bahasa melayu, bergurau dalam bahasa melayu dan hampir pasti mengigau dalam bahasa melayu.

saya sendiri berbangsa melayu. kenapa mesti saya bencikan bahasa melayu? tetapi kawan-kawan jadi cuak, mengapa saya culas membeli buku bahasa melayu. yang saya beli cuma shin chan. yang saya jadikan koleksi, siri penyiasat remaja. tetapi yang jadi teman bacaan adalah buku dari RL Stine, Christopher Pike, John Grisham, Sophie Kinsella, Stephen King dan JK Rowling (sekadar menyebut beberapa nama). apakah saya lupa saya makan sambal belacan berulamkan petai?

tidak. jawapannya tidak. tetapi saya sedikit kecewa dan ada sebabnya. bahan bacaan dalam bahasa melayu begitu dikomersilkan hingga ia jadi fantasi yang melampau. sempurna segala. pernah baca karya ahadiat akashah (maaf, kerana penulis ini paling dekat dengan zaman remaja saya)? hero dan heroinnya sempurna daripada segala segi; kiri, kanan, atas dan bawah. barangkali heroinnya tidak pernah kentut seumur hidup. tiada yang kurang, cantik dari  hujung rambut hingga hujung kaki.

bukan mudah mencari bahan bacaan dalam bahasa melayu yang berkualiti. semuanya jadi komersil. kita ini bagaikan orang bodoh, tidak hidup di dalam dunia sebenar. tidak pernah melihat sesuatu yang kurang. begitu juga dengan filem-filem melayu. saya suka benar kalau dapat menyokong filem melayu. tetapi kalau yang ditayangkan di skrin itu sampah, untuk apa saya bazirkan wang yang saya raih sendiri (ya, saya bekerja sambil belajar) di panggung wayang?

usah salah faham. saya tahu, ada filem asing yang juga sampah. itu saya cukup jelas. tetapi hati ini sakit, mata ini perit melihatkan filem melayu dibuat dengan cincai, dengan kayu dan tunggul berdiri menghias skrin. lebih baik saya tatap perut afdlin yang jauh ke depan (pjk).

dan satu lagi soalan dari kawan-kawan : u ni suka ckp english ye?

teman, aku hanya menghormati pilihan bahasa kamu. kalau kau sudah pilih gantinama 'i', janggal benar rasanya jika aku bertutur dalam bahasa melayu.

 saya hormati usaha beberapa orang yang menulis dalam bahasa melayu tanpa memikirkan keuntungan yang bakal diraih atau mahu diraih. dan saya lebih hormat orang-orang yang sedia menyediakan satu pentas untuk menulis dalam bahasa melayu, demi melahirkan karya yang berkualiti. dengan adanya teknologi Internet yang menghubungkan manusia tidak kira di Angola atau Filipina, nampaknya karya kualiti bukan lagi sesuatu yang sudah jadi mustahil. masih ada peluang, masih ada yang meniup nafas untuk karya berkualiti santapan minda.

contoh yang paling dekat dan jelas, tentu sahaja saudara johari. sukar untuk mencari seorang jejaka seperti beliau yang berusaha memberikan kami, orang yang dahaga karya berkualiti, bahan bacaan untuk ditatap setiap hari. dan semua ini dilakukan tanpa ada cagaran samada dari segi material mahupun pujian yang melambung. ambil sahaja karya beliau yang menghiburkan, misteri, lucu dan serius. ya, anda jumpa segalanya dalam karya 'aku budak setan' bukan? di mana lagi boleh anda cari karya sebegini? di MPH? di Basheer Bookstore? Popular?

usaha beliau tidak sia-sia. perhatikan sahaja bagaimana kapasitor.NET ini berkembang. dari zaman pertubuhannya yang kosong hingga ke hari ini, sebagai pemerhati, saya melihat fenomena yang membanggakan. tidak seperti blog yang dimiliki oleh satu individu sahaja, kapasitor.NET adalah untuk semua. dan indahnya hari ini apabila melihat cahatomic, mizzteryGurl, reLLiK dan ramai lagi bertukar fikiran.

ya, johari. kami berterima kasih di atas budi baik anda ini.

dah puji ni, tanak belanje ke jo? thee hee hee 

p/s: jangan marah jo. aku bosan sebenarnya.:D 

Baca perbualan