helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Anime  Books  Concert  Gossip  Jokes  Movies  Music  Theatre  Video  

Membedah siasat karya bestseller novel Laskar Pelangi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
Komuniti: Books | 13/04/2008 | 00:24:14 AM | 540 Views
Share

Membedah siasat karya bestseller novel Laskar Pelangi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
 



 


Sedikit catatan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Catatan daripada sesi bersama novelis bestseller Indonesia, Andrea Hirata. Saya berkesempatan menghadiri program ini yang diadakan selama sejam kemudian diikuti dengan sesi autograf di gerai buku PTS.

Laskar Pelangi,novel pertamanya terjual 500 000 naskhah di Indonesia.
Novel ini pada asalnya adalah catatan peribadi, seperti diari yang dikisahkan dalam bentuk novel yang ditulis khusus untuk gurunya, Ibu Muslimah.
Pada awalnya rakan beliau yang meminjam komputernya menggesa ia diterbitkan. Andrea menolak.
Dalam senyap-senyap rakannya menghantar kepada sebuah penerbit. Ditirunya tandatangan Andrea dan diisinya segala macam borang.
Penerbit tertarik dengan manuskrip itu lalu menghubungi Andrea jam 1 pagi.Dalam masa tiga minggu diterbitkan, 30 000 naskah terjual.
Bagi Andrea tidak ada penjelasan logik mengenai fanomena bestseller Laskar Pelangi.
Laskar Pelangi memaparkan perjalanan hidup masyarakat Melayu di Belitung.
Andrea berkata, karya yang baik adalah apabila ia menjadi karya yang ditonton bukan karya yang dibaca. Imaginasi pembaca hidup dalam karya.
Catatan yang begitu teliti dalam Laskar Pelangi adalah kerana penagalaman yang traumatik sehingga ia begitu berkesan ke dalam fikirannya.
Karya mesti ditulis dengan jiwa.
Diskusi buku Andrea Hirata sudah melebihi 168 kali di seluruh Indonesia dan Malaysia.
Diskusi buku melibatkan masjid, pusat membeli belah dan tempat-tempat awam.
Para peminat tidak mahu Laskar Pelangi difilemkan kerana mereka mahukan watak imaginasi yang mereka cipta hidup dalam fikiran masing-masing.
Novel keempat Andrea sudah ditempah bagi dijadikan filem meskipun ia sedang ditulis.
Andrea Hirata pada awalnya bukan novelis, tidak membaca karya sastera, tidak pernah ketemu dengan tokoh serta penulis novel.
Laskar Pelangi adalah catatan yang menjangkaui logik sastera yang diajar. Ia dianggap membebankan kepalanya dan menghilangkan manis dalam karyanya selepas dua tahun mempelajarinya. Kini dia kembali kepada metod Laskar Pelangi.

 

author
zamri
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Orang India adalah yang pertama mendarat di bulan
Dua ayat motivasi Qur'ani untuk hati
Akhirnya saya terbitkan juga Tip Karier untuk Wanita moden untuk semua wanita di Malaysia
Ulasan Buku: Temubual Irfan Khairi bersama lapan ikon jutawan tempatan
Rahsia Bisnes Mamak muncul di Malaysia Hari Ini, TV3
Ada ahli Kapasitor mahu berkongsi cerita di pejabat dan karier ke seluruh negara?
Ceramah Buku Mendapat Sambutan : Laporan separuh halaman Sinar Harian Edisi Melaka
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari