Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

cerpen bersiri (BMalaysia)

 

ini hanya idea dari safwan fital

terbuka kepada semua warga kapasitor yang berdaftar.
terbuka kepada semua jenis kelas penduduk di kapasitor. tok ketua jojo dan panglima caha, juga auntie zu, mama ucu pon boleh join.

idea :: cerpen bersiri

tema :: bebas

penulis :: sesiapa sahaja (mengikut turn)

gaya bahasa :: ikut suka hati

had penulisan :: tiada, (satu post setiap orang pada setiap giliran). kalau boleh jangan panjang gila.

watak :: bebas

tujuan :: menambah perhatian kepada seksyen cerpen. menambah skill penulisan. berkongsi kosakata, gaya bahasa, ilmu sastera, mungkin pengalaman dan ilmu dalam cerita ini.

juga, mengatasi masalah tak posting sebab cerpen separuh jalan. (lepas ni korang post je separuh jalan ke suku jalan ke, orang lain yang sambungkan).

mengikut terma-terma di atas, aku, mohd safwan mencadangkan satu cerpen bersiri ditulis oleh rakyat kapasitor. contohnya, seperti aku menokok-tambah cerita Tiket valium.

disebabkan tiada tema, so, tak kira ah, penulis seterusnya, mahu pusingkan, klisekan, atau apa-apakan cerita.


sesiapa mahu join sila tulis dibawah. nanti, aku akan randomize nama. lepas tu, buat satu senarai (dalam blog yang lain). sesiapa yang rasa, waktu turn dia, dia sibuk, sila beritahu, or sendiri-sendiri "open tender".

jarak masa antara satu persatu cerpen adalah dalam masa seminggu. jadi, kalau dah seminggu, tak ada sesiapa tulis, orang seterusnya boleh ah take over.

"di sebabkan ini cerpen bebas, aku rasa tajuk berbeza setiap posting ok x? kita letak kod je lepas tajuk.

contoh kod:: M1E1 (musim 1, episod 1) orang seterusnya, M1E2"
contoh tajuk :: BISU (M1E1)

 

ok,

SIAPA SOKONG?
SIAPA MAHU TURUT SERTA?
SIAPA BANTAH?

kalau disokong, lepas dapat nama, aku randomize. tapi, sapa-sapa nak jadi penulis terakhir ke , pertama ke, boleh ah mintak giliran..


aku rasa, penulis pertama boleh tentukan aliran cerita ini,atau latar belakang cerita.
bestnya kalau dapat cerita aksi, thriller ke, seram ke. woOooOo.. huhuhuhu <== cadangan.

amaran :: aku sangat benci cerita ada berbau seks, (politik ringan-ringan takpe). jadi, cerita berbau seks, akan di DELETE. er, seks mean, aku tak mo ada adegan atas katil, or ramas-ramas, or ape ape yang dirasakan lucah.

Baca perbualan